Tindakan lebih serius terhadap pihak yang menghina pemimpin negara
KUALA LUMPUR: Berkuatkuasa serta-merta, polis akan mengambil tindakan lebih serius terhadap mana-mana pihak atau individu yang didapati memuatnaik sebarang gambar atau komen yang berbentuk penghinaan kepada pemimpin negara.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata tindakan itu akan dilakukan mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia dan disiasat oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Bukit Aman.
Katanya, langkah ini adalah perlu berikutan tindakan menyebar gambar berbentuk penghinaan yang diubahsuai dilihat semakin serius sehingga boleh menjatuhkan imej dan moral seseorang pemimpin negara.
Selepas ini bukan hanya kepada mereka yang mengubahsuai malah kita juga akan menyiasat mana-mana pihak yang memuatnaik gambar dan komen berbentuk penghinaan dalam laman media sosial mereka.
"Kita tidak akan berkompromi lagi seperti sebelum ini selepas banyak memberi peringatan namun kes-kes penyebaran seperti ini masih terus lagi terjadi," katanya kepada BH sebentar tadi.
Beliau turut mengulas mengenai satu gambar berbentuk penghinaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang diubahsuai dari gambar pengasas produk kecantikan Qu Puteh, Datuk Seri Hasmiza Othman.
Individu yang mengubahsuai gambar berkenaan turut memuatkan dialog berbentuk hinaan kepada Najib yang diubahsuai dari dialog 'Qu Puteh, Qu Puteh, Barulah Puteh'.
"Setakat ini satu pasukan penyiasat yang baru ditubuhkan iaitu Pusat Kawalan Siasatan Jenayah Siber (PCIRC) sedang mengesan individu yang menggunakan nama 'DJStarscreamx' dipercayai bertanggungjawab menyebarkan gambar dan komen itu.
sumber-bharian.com.my/node/112396

No comments
Post a Comment