Lelaki warga emas mati melecur pada seluruh badan ditemui dalam kereta
BAGAN SERAI – Mayat seorang lelaki warga emas ditemui mati dalam keadaan melecur pada seluruh badan di dalam sebuah kereta di lorong kecemasan di Kilometer (KM) 196.6 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan di sini pada Jumaat lalu.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi itu, mayat Khor Ah Chai, 63, ditemui seorang anggota peronda lebuh raya yang sedang melakukan rondaan.
Mayat mangsa ditemui di tempat duduk penumpang hadapan kereta jenis Proton Saga yang ditinggalkan kira-kira dua kilometer dari Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gunung Semanggol.
Mangsa dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Kurau, Perak ke Johor Bahru, Johor untuk pulang ke kediamannya.
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob berkata, pemeriksaan di lokasi kejadian menemui botol berisi minyak petrol di tempat duduk penumpang belakang kereta berkenaan.
mayat Khor Ah Chai, 63, ditemui seorang anggota peronda lebuh raya yang sedang melakukan rondaan. |
Dalam kejadian kira-kira pukul 8 pagi itu, mayat Khor Ah Chai, 63, ditemui seorang anggota peronda lebuh raya yang sedang melakukan rondaan.
Mayat mangsa ditemui di tempat duduk penumpang hadapan kereta jenis Proton Saga yang ditinggalkan kira-kira dua kilometer dari Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Gunung Semanggol.
Mangsa dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Kurau, Perak ke Johor Bahru, Johor untuk pulang ke kediamannya.
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob berkata, pemeriksaan di lokasi kejadian menemui botol berisi minyak petrol di tempat duduk penumpang belakang kereta berkenaan.
No comments
Post a Comment