Terkini

Pemandu lori terputus pergelangan kaki kanan selepas tertusuk besi

PENAMPANG: Seorang pemandu lori mengalami kecederaan serius apabila bahagian pergelangan kaki kanannya terputus selepas tertusuk besi penghadang jalan dalam kejadian di Jalan Tambunan, berhampiran Kampung Moyog dekat sini semalam.



Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 malam itu, lori tiga tan yang dipandu Dabalius Ajumal, 50, dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu jalan.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Mohd. Affendy K. Ramin berkata, lori yang terbabas itu telah melanggar besi penghadang jalan menyebabkan sebahagiannya menembusi bahagian hadapan kenderaan itu.

"Pemandu lori itu tersepit di bahagian tempat duduk pemandu dan mengalami kecederaan selepas kakinya tertusuk besi penghadang jalan," katanya di sini hari ini.

Katanya, dua penampang yang turut berada di dalam lori berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.

- KONLINE



No comments