Penyanyi lagu `Knock-Knock` lebih berhati-hati menegur orang terutamanya lelaki
Bintang sensasi YouTube yang seorang ini tidak perlu lagi diperkenalkan kepada khalayak. Sebut sahaja judul lagu lantunannya, 'Knock Knock', ramai akan terbayangkan video muzik comel yang penuh warna-warni itu.
Lagu 'Knock-Knock' yang sering diputar telah menjadikan nama Elizabeth Tan atau lebih mesra dipanggil Lizzy menjadi popular dalam sekelip mata. Walaupun baru dua tahun menjadi anak seni, namanya juga pernah terpalit dengan kontroversi satu ketika dahulu apabila dikaitkan sebagai punca putus tunang antara penyanyi Adira dan tunangnya.
Selepas peristiwa itu, nampaknya Lizzy lebih berhati-hati berkawan dengan lelaki kerana tidak mahu perkara sebegitu berulang kembali. Baginya sebagai anak seni, cabaran paling besar yang perlu ditempuhi adalah gosip.
"Segalanya sudah selesai tetapi selepas ini, saya mahu lebih berhati-hati menegur atau berkawan dengan orang terutamanya kaum lelaki. Saya perlu tahu latar belakang dan tidak mahu kejadian tersebut berulang buat kali kedua. Semua yang berlaku ada pengajarannya,
"Walau bagaimanapun, apa yang saya hadapi sebelum ini tidaklah sampai menganggu kehidupan saya," ujarnya
Menyentuh tentang kerjayanya, Lizzy sedang merancang untuk mengeluarkan sebuah single Melayu yang baru pada tahun hadapan. Sepanjang bulan Disember ini, jadual kerjanya hanya dipenuhi dengan sesi fotografi dan undangan program realiti sahaja sebelum kembali sibuk dengan undangan persembahan pada tahun hadapan.

No comments
Post a Comment