Terkini

Pesawat terpaksa tukar haluan gara-gara lelaki biadap kencing penumpang lain

Pesawat Air Mediterranee yang dijadualkan mendarat di Paris terpaksa menukar haluan dan mendarat di Lyon untuk mengeluarkan lelaki yang mengencingi seorang penumpang lain.

Pesawat terpaksa tukar haluan gara-gara lelaki biadap kencing penumpang lain
Lelaki yang turut memulakan pergaduhan di dalam pesawat itu akhirnya akur selepas 
ditumpaskan oleh kru penerbangan

Menurut The Independent, lelaki tersebut bertindak sedemikian ketika penerbangan ML2673 berada 30,000 kaki di udara.

Lelaki yang tidak berbaju itu kemudiannya bertindak memulakan pergaduhan sebelum ditahan oleh kru penerbangan.

Menurut kru penerbangan, lelaki tersebut mula marah-marah ketika penerbangan kerana tidak dibenarkan merokok atau meminum alkohol.

Pesawat Airbus A321 yang berlepas dari Algiers, Algeria itu telah berada di udara selama 45 minit ketika keputusan dibuat untuk melencongkan penerbangan ke Lyon.

Lelaki tersebut diiring keluar dari pesawat di Lapangan Terbang Antarabangsa Lyon bersama seorang lagi lelaki yang terlibat dengan pergaduhan.

Pesawat tersebut meneruskan perjalanan ke Paris dari Lyon dan tiba di Lapangan Terbang Charles de Gaulle tiga jam lewat dari waktu yang dijadualkan.

No comments