Terkini

Hanya Tinggal DOA Sebagai Penguat Semangat Untuk Adik Nisa

APABILA semua usaha dan kudrat sudah dikerah, hanya doa yang menjadi kekuatan dan azimat untuk meneruskan hidup.

Hanya Tinggal DOA Sebagai Penguat Semangat Untuk Adik Nisa

Tinggi harapan, agar doa yang dipanjatkan ke hadrat Illahi itu diperkenankan, sekaligus memberi peluang untuk si kecil ini membesar dan menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain.

Nama adik Nurnisa Zinnirah Mohd Rushdi meniti di bibir masyarakat selepas beberapa perkongsian ibu dan bapanya melalui akaun Facebook, Rushdi dan Zaharah.

Dalam usia yang masih terlalu hijau, segala jenis rawatan yang menyakitkan sudah dilalui tubuh kecil Nisa. Semuanya demi melawan penyakit kanser otot yang dihidapinya.

Namun 4 April lalu, menerusi satu kemas kini di akaun Facebook berkenaan, kedua ibu bapanya memaklumkan, pakar sudah mengesahkan tiada lagi rawatan yang bersesuaian dengannya, memandangkan kanser sudah merebak ke paru-paru.

Status itu mendapat perhatian netizen, yang nyata tidak berkira untuk sama-sama mendoakan adik Nisa agar terus berjuang melawan penyakitnya, seterusnya membesar dengan sihat.

Status berkenaan sudah menerima lebih 13,000 perkongsian setakat ini.

Sama-samalah kita mendoakan kesihatan dan keselamatan adik Nisa, dan semoga mereka sekeluarga diberi kekuatan untuk melalui dugaan yang maha besar ini.

No comments