Terkini

Anda Kini Boleh Muat Naik Video Di Ruangan Komen FB

FACEBOOK menerusi kemas kini terbaru laman sosial itu akan memperkenalkan ciri terbaharu, iaitu membolehkan para pengguna untuk meninggalkan komen dalam bentuk video pada sebarang perkongsian di laman sosial berkenaan.

Anda Kini Boleh Muat Naik Video Di Ruangan Komen FB

Dengan memilih ikon kamera di bawah kotak ‘reply’ (sebelum ini hanya digunakan untuk menambah gambar) pengguna kini boleh memuat naik klip video mereka sebagai balasan komen.

Ciri ini boleh didapati di iOs, Android, dan juga di laman web.

Menurut portal The Verge, ciri terbaharu ini diprototaip sebagai sebahagian daripada sambutan ulang tahun Hackathon ke-50 syarikat berkenaan, namun telah dibicarakan sejak beberapa bulan yang lalu.

Anda Kini Boleh Muat Naik Video Di Ruangan Komen FB

Facebook dilaporkan sejak Januari, telah memberi fokus kepada perkembangan video dan mereka turut ingin mejadikan laman sosial itu lebih mesra dikalangan pengguna.

“Kami beri keupayaan untuk memuat naik video ke dalam ruang komen kerana kami mahu jadikan perbualan lebih menarik dalam kalangan pengguna,” kata pakar jurutera Facebook, Bob Baldwin menerusi satu kenyataan media. -MYNEWSHUB.CC

No comments