Terkini

Surat Hospital Membongkar Rahsia Hubungan Sulit Suami Dan Anaknya

Ipoh – Seorang lelaki ditahan kerana memperdaya isterinya dengan menjalin hubungan sulit bersama anak perempuan wanita itu, sehingga melahirkan seorang bayi perempuan.

Surat Hospital Membongkar Rahsia Hubungan Sulit Suami Dan Anaknya

Tangkapan itu susulan laporan polis dibuat isteri lelaki berkenaan di Balai Polis Kampung Simee pada 29 Mei lalu.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong, berkata hasil laporan itu, polis berjaya menahan suspek berikutan isterinya yang berusia 40 tahun tidak berpuas hati kerana lelaki berusia 28 tahun itu mengambil kesempatan terhadap anak perempuan hasil perkahwinan pertamanya.

“Kes itu disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan kerana kesalahan sumbang mahram dan suspek direman selama enam hari bermula semalam hingga Jumaat ini mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah,” katanya.

Wanita berkenaan yang ditemui Sabtu lalu berkata, rahsia kecurangan suami dan anak perempuannya berusia 18 tahun terbongkar selepas menemui surat hospital yang mendakwa anak perempuannya keluar hospital setelah melahirkan bayi perempuan.

Katanya, sepanjang tinggal bersama sebagai satu keluarga, dia tidak dapat mengesan anak perempuannya itu hamil kerana tidak menunjukkan tanda mengandung, malah ketika melahirkan bayi di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, anaknya yang bekerja sebagai pembantu tadika memberi alasan terpaksa ke luar daerah kerana berkursus.

“Selepas didesak, akhirnya anak perempuan saya mengaku hamil anak luar nikah hasil hubungannya bersama suami sejak tahun lalu,” katanya. –

BH Online

No comments