Terkini

Video : Kanak-kanak Melecur Kereta Disambar Api Di Stesen Minyak.

Kota Bharu: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun melecur 15 peratus di bahagian muka, badan dan kaki selepas bermain pemetik api di dalam kereta ketika ibunya mengisi minyak di pam minyak Guchil, Kuala Krai, dekat sini, semalam.

Video : Kanak-kanak Melecur Kereta Disambar Api Di Stesen Minyak.

Kejadian jam 9 pagi itu, mangsa, Saifuddin Ismail Din bersama ibunya, Zakiah Mohd Det, 31, baru saja menghantar bekalan cendol di Pasar Pagi Guchil.

Ayah mangsa, Ismail Din Awang Nor, 36, berkata, anak ketiga daripada empat beradik itu dipercayai bermain pemetik api.

Video : Kanak-kanak Melecur Kereta Disambar Api Di Stesen Minyak.

"Ketika kejadian, saya berada di rumah di Sungai PAS iaitu 18 kilometer dari lokasi kejadian dan dimaklumkan oleh isteri kejadian itu.

"Sejurus itu, anak saya dihantar ke Hospital Kuala Krai sebelum dihantar ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II)," katanya ketika ditemui di sini, hari ini.


Katanya, selepas melihat api di dalam kereta Proton Wira miliknya, isterinya terus berlari mengambil anaknya dan kebakaran dipadamkan oleh pembantu stesen minyak.

No comments