Tular Video Kanak-kanak Dilanggar 2 SUV Tapi Tak Cedera
Video seorang kanak-kanak yang terselamat selepas dilanggar dua kenderaan utiliti sukan (SUV) di barat China menjadi tular pada minggu ini.
Rakaman tersebut menunjukkan kanak-kanak di Xichang, wilayah Sichuan itu lari ke arah jalan raya dan kelihatan hilang di bawah kenderaan pertama yang melalui jalan berkenaan.
Kanak-kanak itu dilihat tidak mengalami sebarang kecederaan, namun kenderaan lain yang tidak menyedari kehadirannya turut melanggarnya.
Pegawai polis Xichang, Guo Wei berkata, pemandu kenderaan pertama tidak nampak kanak-kanak itu disebabkan pandangan titik buta (blind spot).
“Jarak antara kanak-kanak tersebut dengan kenderaan kedua juga terlalu dekat lalu tidak menyedari kehadirannya.
"Oleh itu, kedua-dua kereta berkenaan bergerak melintasi kanak-kanak tersebut,” katanya kepada media China, CCTV.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), jalan raya di China merupakan antara yang paling bahaya di dunia kerana mengakibatkan lebih 10,000 kanak-kanak di bawah umur 15 tahun maut dalam kemalangan. - Reuters
Rakaman tersebut menunjukkan kanak-kanak di Xichang, wilayah Sichuan itu lari ke arah jalan raya dan kelihatan hilang di bawah kenderaan pertama yang melalui jalan berkenaan.
Kanak-kanak itu dilihat tidak mengalami sebarang kecederaan, namun kenderaan lain yang tidak menyedari kehadirannya turut melanggarnya.
“Jarak antara kanak-kanak tersebut dengan kenderaan kedua juga terlalu dekat lalu tidak menyedari kehadirannya.
"Oleh itu, kedua-dua kereta berkenaan bergerak melintasi kanak-kanak tersebut,” katanya kepada media China, CCTV.
Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), jalan raya di China merupakan antara yang paling bahaya di dunia kerana mengakibatkan lebih 10,000 kanak-kanak di bawah umur 15 tahun maut dalam kemalangan. - Reuters
No comments
Post a Comment