Apa istimewanya patung "Luk Thep" hingga dapat layanan istimewa dalam pesawat
BANGKOK – Anak-anak patung bakal mendapat layanan sama seperti penumpang lain dalam pesawat syarikat Thai Smile Air, asalkan ‘ibu bapa’ mereka telah membayar harga tiket penerbangannya.
Menurut kakitangan syarikat udara domestik Thailand itu, mereka akan menyediakan makanan dan minuman bagi anak patung tersebut, jika tiket sudah ditempah bersama-sama dengan tiket penumpang.
Anak patung digelar sebagai ‘Luk Thep‘ atau ‘Child Angels‘ itu, yang dikatakan semakin popular di rantau Asia Tenggara, malah dilayan sama seperti penumpang lain, menurut laman berita terkenal Daily Mail.
Para pemilik boneka ini mendakwa bahawa anak patung tersebut memiliki ‘kuasa luar biasa’ dan anak syarikat penerbangan milik penuh Thai Airways itu kini terpaksa pula mengiktiraf perkara berkenaan.
Menurut laporan Daily Mail, anak patung tersebut, yang rupanya memang mirip kanak-kanak sebenar, dijangka perlu mematuhi peraturan kabin pesawat seperti memakai tali pinggang keledar apabila diarahkan.
Susulan pematuhan arahan lazim ketika dalam pesawat, mereka akan dihidangkan dengan segala minuman dan makanan ringan sepanjang tempoh penerbangan sama juga seperti penumpang manusia hidup.
Salah satu laman berita Thai menyatakan bahawa anak patung itu ‘dipercayai mempunyai jiwa kanak-kanak, maka para pemilik mereka memakaikan boneka itu pakaian seolah-olah ia kanak-kanak yang sebenar.
Pemilik itu berharap, jagaan baik itu akan membawa kepada nasib yang baik’. Laman The Star pula mendedahkan pekeliling memo yang dihantar kepada kakitangan syarikat penerbangan berkenaan sebagai penjelasan.
Ia menyatakan bahawa anak patung jenis Luk Thep itu ‘boleh dilayan seperti kanak-kanak hidup sebenar kerana mereka sudah pun menjalani proses “kerohanian” yang berjaya memberikan ia roh nyawa’.
Jika anak patung itu dibawa naik ke dalam pesawat tanpa tiket, ia dilayan seperti beg tangan biasa. Ini bermakna ia akan disimpan di dalam almari berkunci di bahagian atas tempat duduk atau di bahagian bawah kerusi.
Thai Smile Air ditubuhkan sejak 7 Julai 2012 berpusat di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi di sini kini terbang ke 12 destinasi dalam dan serantau dengan 15 buah pesawat Airbus A320-200.
Bercerita mengenai anak patung itu, harganya boleh mencecah semahal 5,020 baht (RM595) dan pernah terjadi insiden apabila pemilik turut membuat tempahan restoran untuk anak patung tersebut.
Malah salah satu restoran di Thailand, iaitu Neta Grill, mengalu-alukan boneka itu dengan menulis menerusi laman Facebooknya: “Kami mengalu-alukan semua pelanggan, lebih-lebih lagi berkhidmat untuk Luk Thep.
Namun mereka menetapkan syarat setiap hidangan perlu dimakan. Ia kini trend terbaharu rakyat Thailand termasuk membawa, bercakap dan menyayangi anak patung itu yang asalnya dihasilkan daripada kilang.
Para pemilik mempercayai bahawa anak patung tersebut mempunyai roh kanak-kanak yang boleh mengubah nasib untung mereka, kekayaan harta, restu dan perlindungan daripada bencana bahaya.
Bahkan anak patung istimewa tersebut dipuja dan dilayan mereka seperti bayi manusia dengan didukung, disuap makanan dan dipakaikan baju. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

No comments
Post a Comment