Terkini

Gangguan S3ksual, Yuna Minta Bantuan Instagram

Penyanyi Yuna meminta bantuan Instagram selepas menerima gangguan s3ksual di laman sosial berkenaan sejak setengah tahun lalu.

Gangguan Seksual, Yuna Minta Bantuan Instagram
Yuna



Selebriti yang kini berpusat di Amerika Syarikat itu berkata, dia sudah mengikuti langkah-langkah bagi mengekang perkara itu, namun tidak berhasil.

"Instagram tolong bantu saya dalam mengakhiri gangguan s3ksual dalam talian ini! Ada emel yang boleh saya hantar foto atau paparan skrin mengenai gangguan ini?

"Saya telah melakukan semua langkah keselamatan yang ditawarkan tetapi dia masih kembali," ujarnya di Twitter.

Gangguan Seksual, Yuna Minta Bantuan Instagram


Selain itu, Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai, 32, mendakwa komen-komen s3ksual menjijikkan yang diterimanya di laman itu dihantar oleh individu yang sama.

Katanya, individu tersebut akan membuka akaun palsu yang baharu, walaupun selepas disekat lebih 10 kali.

"Individu yang sama mengganggu akaun saya meninggalkan komen seksual dan menjijikkan. Saya sudah melaporkan akaun tersebut namun dia terus kembali dengan akaun yang baru.

"Tolong bantu, saya sudah menyekat dia 10 kali," ujarnya.


Sumber : MStarOnline

No comments