KANTOI!! WiFi ke PS5?
Hanoi: Obses mahu memiliki permainan video Playstation 5 (PS5) menyebabkan seorang lelaki di Vietnam sanggup menipu isterinya kononnya dia melanggan perkhidmatan jaringan internet tanpa wayar (WiFi).
Namun, sebenarnya lelaki itu berpakat dengan kakitangan pemasangan PS5 yang diminta menyamar sebagai juruteknik memasang peranti router WiFi di rumahnya.
Dalam satu video tular di Facebook, kakitangan berkenaan yang memakai pakaian seragam syarikat penyedia internet di Vietnam dilihat datang ke rumah pasangan itu.
Memetik laporan Mothership, kakitangan itu melakukan tugasnya dengan baik dalam memasang konsul PS5 itu di rumah pasangan itu.
Ia tidak diketahui wanita itu yang menyangka petugas berkenaan memasang peranti router WiFi.
Malah, suami wanita itu, turut memasang pelekat nombor telefon pada alat permainan yang dibelinya itu.
Kejadian berkenaan heboh selepas foto lelaki yang menyamar kononnya datang ke rumah lelaki itu untuk memasang peranti router WiFi menjadi tular.
Warganet berpendapat kejadian itu amat menggelikan hati.
Ramai menyamakan taktik lelaki berkenaan sama seperti sebuah animasi Korea Selatan bernama Jang Bijju yang tular sebelum ini.
Animasi yang boleh dilihat di YouTube itu mengisahkan lelaki itu menipu isterinya dengan mengatakan konsol PS5 itu router Plash Speed.
Sumber: Harian metro
No comments
Post a Comment