Terkini

Viral Video Guru Bercumbu Di Pejabat Sekolah

Kuala Lumpur – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) masih menyiasat kesahihan rakaman video viral berdurasi lapan minit yang mendakwa dua individu yang bercumbu dalam video tersebut melibatkan guru.

Viral Video Guru Bercumbu Di Pejabat Sekolah


Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, pihaknya akan melihat tindakan lanjut yang akan diambil selepas siasatan selesai.

“Kita tak tahu di mana lokasi tersebut tapi jawatankuasa khas telah ditubuhkan, cuma kita belum dapat kenal pasti di mana.


“Sebab nombor telefon yang hantar tu (video tersebut) pun susah nak dikesan. Kita juga telah meminta bantuan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia,” ujarnya ketika ditemui pada sidang akhbar Majlis Penyerahan Tablet Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dengan Kerjasama Utusan Melayu (M) Berhad kepada Warga Guru Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di sini sebentar tadi.


Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan media tempatan mengenai video yang memaparkan aksi bercumbu dua individu yang kelihatan seperti di sebuah pejabat sekolah.

Video yang mula tersebar di media sosial sejak minggu lalu didakwa dirakam oleh lelaki dalam video itu dan ia mendapat kecaman netizen kerana melakukan perbuatan tidak bermoral. – Kosmo

No comments