Terkini

Treler Penyebab Jambatan Runtuh

KUALA LUMPUR: Pemaju projek pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) menjelaskan kemalangan di Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran Bandar Tasik Selatan, petang tadi, disebabkan sebuah treler yang membawa muatan berlebihan.


Projek Lintasan Sungai Besi-Ulu Kelang Sdn Bhd, berkata lori treler berkenaan melanggar perancah besi pembinaan SUKE.

"Treler itu tidak terbabit dalam kerja pembinaan SUKE.

"Kemalangan yang berlaku di Lebuh Raya MRR2, berhampiran Bandar Tasik Selatan, menyebabkan kesesakan trafik yang teruk dan pasukan bomba, berada di tempat kejadian bagi menjalankan siasatan," katanya.

Sumber : Berita Harian

No comments