Terkini

Akibat Rempuhan Yang Kuat,. Keretanya Tiba-tiba Berhenti Dan Terbakar

Nibong Tebal – Seorang wanita cedera dan melecur apabila kereta Proton Tiara yang dipandunya terbakar dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Tasik, Simpang Ampat, di sini hari ini.

Akibat Rempuhan Yang Kuat,. Keretanya Tiba-tiba Berhenti Dan Terbakar

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Wan Hassan Wan Ahmad berkata, kereta wanita berkenaan dikatakan berhenti secara tiba-tiba disebabkan masalah enjin dan dirempuh dari belakang oleh sebuah lori menyebabkan kereta itu melanggar sebuah kereta lain di hadapannya.

“Selepas rempuhan itu, kereta dinaiki wanita berusia 30-an bersama dua anak lelakinya berusia tiga dan lima tahun terbakar dan mereka diselamatkan orang ramai yang berada di lokasi kejadian,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, Nur Syazwani Abdul Halim yang cedera di bahagian belakang dan melecur di muka serta tangan dihantar ke Hospital Sungai Bakap.

“Dua anaknya, pemandu lori dan pemandu serta penumpang sebuah lagi kereta tidak cedera,” kata Wan Hassan.

Kejadian pada 12.30 tengah hari itu menyebabkan kereta Proton Tiara itu musnah 90 peratus dan kesesakan teruk di kawasan berkenaan, lapor Bernama

No comments