Terkini

Masih Hidup Selepas Jatuh Cerun Tinggi Lebih 10 meter

BENTONG – Berpantang maut sebelum ajal. Itu yang berlaku kepada seorang lelaki apabila hanya mengalami luka di kepala dan patah kedua-dua belah kaki selepas terjatuh di kawasan cerun dengan ketinggian lebih 10 meter di Kilometer 5.3, Jalan Genting Highlands-Bentong di sini semalam.

Masih Hidup Selepas Jatuh Cerun Tinggi Lebih 10 meter
Kerja-kerja menyelamat sedang dijalankan

Kejadian pukul 11.34 pagi itu berlaku semasa Mun Deng Nan, 49, seorang warga Myanmar dikatakan bersama seorang rakannya sedang menjalankan kerja pendawaian di tepi jalan raya sebelum tergelincir dan terjatuh.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Anuar Hassan berkata, selepas melihat mangsa terjatuh, rakannya menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat Genting Highlands untuk meminta bantuan.

“Sepasukan anggota bomba bergegas ke lokasi kejadian sebelum menemukan mangsa di atas batu,” katanya di sini hari ini.

Anuar berkata, Deng Nan tidak dapat bergerak kerana patah kedua-dua belah kaki selain luka di kepala.

Menurutnya, pihaknya menggunakan tali dan pengusung untuk membawa naik mangsa sebelum dikejarkan ke Hospital Bentong untuk mendapatkan rawatan.


Utusan Online

No comments