Hartawan Bergelar Datuk Seri dan Datuk Terpedaya Dengan "Polis Pengiring"
Berbekalkan dua motosikal berkuasa tinggi lama yang dilelong oleh polis, dua lelaki menyamar sebagai polis trafik dan menawarkan perkhidmatan mengiring dan buka jalan dengan harga RM500 untuk setiap perjalanan.
Dengan baju-baju yang diubah suai supaya menyerupai uniform polis, mereka berjaya memperdaya orang ramai yang bersedia memberi laluan kepada kereta 'VVIP' atas arahan polis tiruan tersebut.
China Press melaporkan, pelanggan utama dua polis palsu itu adalah hartawan bergelar Datuk Seri dan Datuk yang mahu menikmati layanan diiring dan diberi laluan ketika berada di jalan raya.
Daripada dua suspek yang ditahan, salah seorang daripada mereka telah memiliki motosikal yang dilelong polis sejak setahun lalu, manakala rakannya baru membeli motosikal serupa dua bulan lepas.
Salah seorang suspek merupakan penjaja char kuey teow yang menjadikan kerja buka jalan sebagai kerja sambilan untuk menambah pendapatan.
Selepas berjaya dalam kerja sambilan tersebut, dia turut mengajak kawan yang lain untuk bersama-sama menjadi 'polis pengiring' kepada kenderaan hartawan.
Kegiatan dua suspek keturunan Melayu itu yang menyamar sebagai polis bagaimanapun terbongkar apabila mereka terserempak dengan polis sebenar ketika membuka jalan di persimpangan Jalan Imbi dan Jalan Bukit Bintang di pusat kota Kuala Lumpur.
Ketika ditahan, dua suspek sedang giat membuka jalan untuk tiga buah kereta mewah dengan menggunakan motosikal berkuasa tinggi berwarna putih.
dipetik dari-malaysiangazette
"Polis Pengiring" yang memperdaya orang ramai |

No comments
Post a Comment