Inilah Undang-undang Najib Yang Semua Rakyat Malaysia Patut Tahu
Apabila Datuk Seri Najib Razak dilantik sebagai perdana menteri pada 3 April, 2009, beliau mengambil alih tampuk kepimpinan daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi yang tidak disenangi, susulan kekalahan paling teruk Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum 2008.
Sebagai perdana menteri Malaysia ke-6, perjalanan Najib ke puncak itu juga terjadi ketika semakin ramai pengundi di negara ini mendesak ke arah satu pembaharuan politik dan pilihan raya dilakukan.
Susulan perhimpunan jalanan Bersih 2.0 di Kuala Lumpur pada 2011, tindak balas orang ramai dan masyarakat antarabangsa terhadap begitu ramai orang awam yang ditangkap serta kejadian keganasan, memaksa Najib berjanji mengkaji semula beberapa undang-undang negara yang dilihat sebagai halangan kepada kebebasan sivil.
Pengkritik bagaimanapun berkata, beberapa pembaharuan ini tidak dipertingkatkan, tetapi lebih menghakis kebebasan awam.
Berikut beberapa undang-undang utama yang dimansuhkan, dipinda atau diperkenalkan sepanjang 6 tahun lalu di bawah kepimpinan Najib:
Akta Perhimpunan Aman 2012
Akta Perhimpunan Aman diluluskan pada Disember 2011 dan merupakan undang-undang yang dicadangkan yang pertama dibentangkan sebaik selepas perhimpunan Bersih 2.0.
Bertujuan memudahkan demonstrasi awam dalam bentuk yang lebih teratur, akta ini menggantikan peruntukan dalam Akta Polis yang memerlukan permit polis untuk perhimpunan seperti itu. Sebaliknya, penganjur perlu memaklumkan kepada pihak berkuasa 10 hari sebelum perhimpunan dan mematuhi sekatan dan syarat yang dikenakan pihak polis.
Peruntukan di bawah akta ini mengenai hukuman bagi penganjur perhimpunan yang gagal mematuhi notis 10 hari menjadi salah satu perbalahan di mahkamah, dengan Mahkamah Rayuan pada mulanya memutuskan ia bertentangan dengan Perlembagaan tetapi pada Oktober membatalkan keputusan itu, yang dibuat panel hakim berbeza sebelumnya.
Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)
Diluluskan pada 1960 untuk menentang pemberontakan komunis di Tanah Melayu, pengkritik sekian lama mendakwa ISA – yang membenarkan penahanan tanpa bicara – digunakan untuk menahan ribuan rakyat Malaysia semata-mata kerana menimbulkan ancaman politik kepada kerajaan Barisan Nasional.
Pada 2011, Najib berjanji memansuhkan ISA dan menggantikannya dengan 2 undang-undang keselamatan pencegahan lain. Akta ini dimansuhkan pada Jun 2012.
Pentadbiran Najib juga membatalkan 3 proklamasi darurat pada 2012, menjadikan Ordinan Darurat (Ketenteraman Awan dan Mencegah Jenayah) 1969 tidak sah. Pengkritik berkata, ordinan itu sama zalimnya dan tidak berperikemanusiaan seperti ISA kerana ia juga membolehkan seseorang ditahan selama 2 tahun tanpa perbicaraan.
Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma)
Diluluskan Parlimen pada 17 April, 2012, undang-undang ini dikritik kerana definisi yang tidak jelas bagi kesalahan yang boleh dihukum, seperti "mensabotaj" dan mengancam keselamatan negara, sekali gus memberi ruang kepada penyalahgunaan oleh mereka yang berkuasa.
Sosma seperti ISA sebelumnya, menyediakan langkah-langkah khas untuk pihak berkuasa dalam menangani kesalahan keselamatan. Bagaimanapun, Sosma berbeza daripada ISA kerana mereka yang dituduh diberikan perbicaraan di Mahkamah Tinggi.
Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 2012
Rang Undang-undang Mesin Cetak dan Penerbitan (Pindaan) 2012 diluluskan pada April 2012, memansuhkan keperluan permit penerbitan tahunan. Penerbit juga boleh mencabar di mahkamah sebarang keputusan Kementerian Dalam Negeri untuk membatalkan atau menggantung permit.
Akta Universiti dan Kolej Universiti 2012
Pindaan kepada dan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 dibuat pada 2012, yang menarik balik larangan terhadap penyertaan pelajar dalam politik dan perhimpunan awam.
Sementara pelajar masih dihalang daripada bertindak bagi pihak parti politik, pindaan ini bermakna pelajar kini boleh meluahkan pendapat mereka dan membuat kenyataan mengenai isu-isu politik atau akademik.
Seksyen 124B Kanun Keseksaan 2012
Pada 2012, pindaan kepada Kanun Keseksaan dibentangkan di Parlimen dengan memasukkan Seksyen 124B bagi menangani kesalahan ganas yang membawa kepada aktiviti menjejaskan demokrasi berparlimen.
Seksyen 114A Akta Keterangan 2012
Pindaan kepada Akta Keterangan juga diluluskan pada 2012, memperkenalkan Seksyen 114A yang membolehkan pihak berkuasa menahan penerbit dan pemilik laman web yang bertanggungjawab atas perbuatan mengeluarkan posting yang menghasut dan memfitnah.
Akta Hasutan 2015
Pada 2012 dalam ucapannya di Kuala Lumpur, Najib berjanji memansuhkan Akta Hasutan 1948, yang akan digantikan dengan perundangan perpaduan. Bagaimanapun, ketika berucap pada perhimpunan agung Umno dua tahun kemudiannya, perdana menteri sebaliknya berikrar mengukuhkan akta itu bagi melindungi kesucian agama Islam dan agama lain.
Pada April 2015, pindaan kepada Akta Hasutan diluluskan Parlimen menjadikannya sebagai hasutan sebarang perbuatan menghina mana-mana agama, manakala mengkritik kerajaan dan badan kehakiman tidak menjadi satu kesalahan.
Akta Pencegahan Keganasan 2015 (Pota)
Akta Pencegahan Keganasan (Pota) diluluskan pada April 2015 dan berkuat kuasa pada September tahun yang sama.
Akta ini membolehkan pihak berkuasa menahan suspek pengganas tanpa perbicaraan, dan tidak membenarkan semakan kehakiman di mana-mana mahkamah.
Tempoh penahanan awal sehingga 59 hari juga boleh dilanjutkan sehingga 2 tahun oleh Lembaga Pencegahan Keganasan, yang mempunyai kuasa melebihi mahkamah.
Rang Undang-undang Majlis Keselamatan Negara 2015
Pada 22 Disember, 2015, Rang Undang-undang Majlis Keselamatan Negara diluluskan bagi menangani keganasan, membolehkan majlis yang dipengerusikan perdana menteri mengisytiharkan mana-mana kawasan di negara ini sebagai "zon keselamatan" dan memberikan pihak berkuasa kuasa ala darurat.
Ia membenarkan penahanan, penggeledahan dan penyitaan rakyat dan harta di dalam zon keselamatan.
Pengkritik berkata rang undang-undang keselamatan itu memberikan kuasa penuh kepada perdana menteri tanpa perlu mendapat persetujuan istana semasa sesuatu krisis negara.
sumber-.themalaysianinsider
Inilah Undang-undang Najib Yang Semua Rakyat Malaysia Patut Tahu |

No comments
Post a Comment