Kerana Ingin Bergurau, Punggung Kanak-Kanak Melekat Di Mangkuk Tandas
“Ibu membenarkan saya ke tandas seperti orang dewasa. Di situ ada dua orang perempuan keluar dan sambil tersenyum kepada saya,” ujar Kaya kepada pemberita.
Menurut BBC, kejadian tersebut berlaku di restoran McDonald’s di Exeter, United Kingdom yang dikunjungi Kaya dan ibunya, Nicole Langmead pada malam tahun baru 2016.
Menurut ibunya, mereka sebenarnya sudah mahu pulang kerana tandas masih penuh. Kemudian dua gadis itu keluar dari tandas sambil ketawa namun dia tidak mengesyaki apa-apa ketika itu.
Apabila Kaya kembali dari tandas, air matanya mengalir.
“Dia kata ada sesuatu yang menyakiti punggungnya tapi saya tak fikir pula itu gam. Apabila saya ke tandas untuk memeriksa, gam disapu di merata-rata.”
Akibat ‘gurauan’ dua remaja yang tidak dikenali, Kaya mendapati dirinya terlekat di mangkuk tandas yang telah disapu gam tahan lasak.
Langmead turut mendapati kawasan paha dan punggung anaknya melecet dan kemerah-merahan.
Polis Cornwall mengesahkan mereka kini sedang memburu dua suspek yang berusia 16 hingga 18 tahun, seorang berambut panjang perang muda dan seorang lagi berambut perang paras bahu.
Sekali imbas, perbuatan menyapu gam tahan lasak pada mangkuk tandas seolah-olah gurauan yang 'melucukan' namun tindakan tersebut mampu membawa kecederaan yang serius.
Pada tahun 2013 misalnya, seorang wanita Georgia terpaksa dipisahkan dari mangkuk tandas dengan bantuan petugas kecemasan akibat ‘gurauan’ yang sama.
Selepas dua minggu, beliau masih sukar untuk duduk akibat kecederaan tersebut.
dipetik dari astroawani
Kaya, 4 tahun bersam ibunya |

No comments
Post a Comment