Terkini

Nasib malang seorang wanita salah guna produk, nak gebus gebas jadi "pink"

Abi Shenton menghantar tweet kepada syarikat produk kecantikan Lushcosmetics untuk bertanyakan sebab badannya serta tubunnya bertukar menjadi warna merah jambu selepas menggunakan produk kecantikan.

Nasib malang seorang wanita salah guna produk, nak gebus gebas jadi pink
Akibat salah penggunaan tubuh Abi Shenton bertukar kepada merah jambu

Tindakannya yang tersalah guna produk kecantikan mengundang padah sehingga menyebabkan tubuh serta mukanya bertukar menjadi warna merah jambu selama tiga hari.

"Hai @Lushcosmetics, adakah produk anda akan menyebabkan kulit bertukar menjadi warna merah jambu,' tulisnya.

Terkejut dengan pertanyaan tersebut, syarikat komestik berkenaan meminta wanita itu menghubungi pusat khidmat nasihat Lush Comestic untuk bantuan khidmat nasihat.

Selepas diteliti, perkara tersebut terjadi disebabkan wanita berkenaan tersalah guna dan tidak membaca arahan penggunaan produk kosmetik tersebut.

Abi menjelaskan, dia tersalah faham tentang cara penggunaan produk yang dinamakan 'Razzle Dazzle' itu.

Nasib malang seorang wanita salah guna produk, nak gebus gebas jadi "pink"

"Cara penggunaan produk berkenaan ialah dengan melarutkan ia ke dalam air, namun saya telah menyapu ke seluruh badan dan muka kerana menyangka cara penggunaannya adalah seperti sabun.

"Namun selepas tiga hari dan mandi, saya tidak lagi berwarna merah jambu," katanya dipetik Metro.uk.

Menurutnya lagi, saya tersilap menggunakan produk berkenaan namun berkata, dia tidak berasa serik untuk menggunakannya lagi.-sharian

No comments