Terkini

Pemilik berputih mata, lamborghini baru berusia seminggu masuk tasik

NORTHAMPTONSHIRE, Britain – Sepasang suami isteri terpaksa berputih mata selepas kereta Lamborghini berharga £200,000 (RM1.3 juta) yang baru dibeli mereka terjunam ke dalam sebuah tasik baru-baru ini.

Pemilik berpuith mata, lamborghini baru berusia seminggu masuk tasik
Pemilik berpuith mata, lamborghini baru berusia seminggu masuk tasik

Kereta Lamborghini Huracán itu terjatuh ke dalam tasik di Kelab Memancing Higham Ferrers di sini pada pukul 1 tengah hari waktu tempatan, seminggu selepas mereka membeli kereta sports tersebut.

Kenderaan berwarna putih yang mempunyai kelajuan maksimum 328 kilometer sejam itu merempuh penghadang jalan dan berpusing beberapa kali sebelum terjatuh ke dalam tasik itu.

Pemilik berpuith mata, lamborghini baru berusia seminggu masuk tasik

Pasangan itu berjaya keluar dari kenderaan mereka dan berenang ke tebing untuk menyelamatkan diri. Kereta itu dapat diapungkan enam hari selepas insiden tersebut.

Pemilik berpuith mata, lamborghini baru berusia seminggu masuk tasik

“Apabila menerima laporan mengenai insiden ini, saya tidak menyangka kemalangan ini melibatkan sebuah kereta Lamborghini,” kata ahli majlis perbandaran bandar ini, Richard Gell.

Pemilik berpuith mata, lamborghini baru berusia seminggu masuk tasik




dipetik dari-kosmo

No comments