Pilu!!...Luahan Hati Allahyarham Di Akaun Facebook Sebelum Kemalangan
BATU PAHAT: Seorang remaja yang sedang membantu dua mangsa kemalangan, maut dirempuh sebuah kereta dalam kejadian di Kilometer 23.5 Jalan Kluang-Ayer Hitam, dekat sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.15 pagi itu, mangsa, Mohammad Norhaiqal Asyraf Saliman, yang menaiki motosikal menghala ke pusat bandar, sedang membantu dua penunggang motosikal lain yang bertembung dan terjatuh di tengah jalan berkenaan, sebelum dirempuh sebuah kereta yang dipandu laju.
Lebih memilukan, luahan Allahyarham Mohammad Norhaiqal di akaun Facebooknya pada 15 Disember lalu yang menyatakan 'Bila meninggal semua mengaku kenal, bila hidup sorang pun tak peduli, kalau tak percaya tunggu aku mati nanti' mula viral dan dikongsi netizen di sini, yang tersentuh dengan luahannya itu'.
Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintendan KS Mender Singh, berkata mangsa maut serta-merta di lokasi kejadian akibat rempuhan berkenaan yang menyebabkan mangsa dan motosikalnya terpelanting.
Katanya, dua mangsa kemalangan yang dibantu Allahyarham hanya mengalami cedera ringan walaupun turut terjatuh akibat impak rempuhan kereta berkenaan.
"Kemalangan berkenaan membabitkan empat kenderaan. Ia bermula apabila seorang penunggang motosikal dari arah Ayer Hitam menghala ke bandar Batu Pahat bertembung dengan sebuah lagi motosikal yang memasuki jalan berkenaan secara tiba-tiba dari sebuah lorong di situ.
"Allahyarham yang juga menghala ke bandar kemudian berhenti untuk membantu kedua-dua penunggang yang terjatuh di atas jalan itu. Secara tiba- tiba datang sebuah lagi kereta dari laluan sama dan merempuh remaja yang sedang membantu dua penunggang motosikal berkenaan," katanya.
Beliau berkata, semua mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail Batu Pahat untuk rawatan dan bedah siasat.
sumber-bharian

No comments
Post a Comment