Terkini

Tersebar Di laman Sosial Video Suspek Mencuri Di Kedai Emas

Seorang wanita mengambil kesempatan ketiadaan sepasang suami isteri di kedai emas mereka kerana menunaikan solat Asar, dengan mencuri barang kemas di premis berkenaan.

Tersebar Di laman Sosial Video Suspek Mencuri Di Kedai Emas
Tersebar Di laman Sosial Video Suspek Mencuri Di Kedai Emas

Peniaga kedai emas menanggung kerugian RM200,000 apabila satu dulang emas milik kedai emasnya dilarikan pencuri wanita di Pekan Bukit Payung, di sini, semalam.

Bagaimanapun, kejadian itu hanya disedari kira-kira 5 petang apabila isteri mangsa melihat sedulang emas mengandungi pelbagai jenis emas yang berada di dalam bahagian cermin dipasang jerejak sudah tiada lalu menghubungi suaminya berusia 53 tahun.

Hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati seorang wanita masuk ke dalam kedai emas berkenaan sebelum mengambil dulang itu dengan menghulurkan tangannya ke dalam tempat penyimpanan emas membabitkan kerugian dianggarkan bernilai RM200,000.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Marang, Deputi Superintendan Mohd Suhaimi Ali ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

Beliau berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mengesan suspek dengan kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana curi dalam bangunan.

Video perlakuan jenayah suspek dirakam kamera litar tertutupc, CCTV yang dipasang di premis tersebut.

Video dengan durasi 53 saat ini kemudian tersebar di laman sosial.

Tersebar Di laman Sosial Video Suspek Mencuri Di Kedai Emas

Kejadian berlaku di sebuah kedai emas di Bukit Payung, Marang, Terengganu semalam.

Polis kini giat menjejaki suspek yang berusia dalam lingkungan 30-an.

No comments