Tiga pelajar perempuan Malaysia maut dalam kemalangan kereta di Jordan
KUALA LUMPUR: Kesatuan Mahasiswa Kelantan Jordan (KMKJ), mengesahkan tiga pelajar Malaysia di Universiti Mu'tah maut manakala dua lagi cedera selepas terbabit dalam kemalangan di Ashrafiyeh, Wilayah Mafraq, Jordan, semalam.
Menurut laman Facebook KMKJ, lima pelajar Malaysia itu terbabit dalam kemalangan di Wilayah Mafraq. "Semua yang terbabit dalam kemalangan lima orang iaitu tiga orang meninggal dunia dan dua lagi cedera.
"Mereka yang meninggal dunia termasuk dua pelajar berasal dari Kelantan manakala seorang lagi dari Kuala Lumpur. "Semoga seluruh keluarga mereka diberikan kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini.
Keluarga KMKJ mendoakan agar roh mereka dicucuri rahmat dan mendapat keampunan Allah SWT, serta ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh," menurut kenyataan itu. Menurut KMKJ, dua pelajar yang cedera adalah dari Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.
Seorang mangsa yang cedera dikenali sebagai Muhammad Izzam Hasif Anuwar, 21, kini dirawat di sebuah hospital di Amman. Bapa kepada Muhammad Izzam, Anuwar Baharin, berkata beliau dimaklumkan mengenai kemalangan itu oleh rakan anaknya menerusi telefon kira-kira jam 6.30 petang semalam.
"Saya dimaklumkan anak saya bersama rakannya berkonvoi menaiki dua kereta, namun kereta dinaiki Muhammad Izzam mengalami kemalangan.
"Setakat ini, saya belum menerima sebarang maklumat rasmi, bagaimanapun saya sempat berbual sekejap dengan anak saya yang memberitahu dia selamat tetapi patah kaki dan tangan," katanya ketika dihubungi.
Sementara itu, seorang pelajar di Universiti Yarmouk, Aisyah Humairah Zulqarnain, berkata dia dimaklumkan oleh rakan sekuliah mengenai kejadian itu dan pihak universiti menguruskan mereka yang terbabit dalam kemalangan itu.
![]() |
Tiga pelajar perempuan maut dalam kemalangan tersebut |
Menurut laman Facebook KMKJ, lima pelajar Malaysia itu terbabit dalam kemalangan di Wilayah Mafraq. "Semua yang terbabit dalam kemalangan lima orang iaitu tiga orang meninggal dunia dan dua lagi cedera.
"Mereka yang meninggal dunia termasuk dua pelajar berasal dari Kelantan manakala seorang lagi dari Kuala Lumpur. "Semoga seluruh keluarga mereka diberikan kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini.
Keluarga KMKJ mendoakan agar roh mereka dicucuri rahmat dan mendapat keampunan Allah SWT, serta ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh," menurut kenyataan itu. Menurut KMKJ, dua pelajar yang cedera adalah dari Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.
![]() |
Lokasi kemalangan berlaku |
"Saya dimaklumkan anak saya bersama rakannya berkonvoi menaiki dua kereta, namun kereta dinaiki Muhammad Izzam mengalami kemalangan.
"Setakat ini, saya belum menerima sebarang maklumat rasmi, bagaimanapun saya sempat berbual sekejap dengan anak saya yang memberitahu dia selamat tetapi patah kaki dan tangan," katanya ketika dihubungi.
Sementara itu, seorang pelajar di Universiti Yarmouk, Aisyah Humairah Zulqarnain, berkata dia dimaklumkan oleh rakan sekuliah mengenai kejadian itu dan pihak universiti menguruskan mereka yang terbabit dalam kemalangan itu.
No comments
Post a Comment