Terkini

Usaha Mengesan Nor Azimah Diteruskan, Kali Terakhir Dilihat Di Masjid Nabawi

KUALA LUMPUR: Usaha mencari Nor Azimah Ibrahim yang hilang sejak 19 Disember lalu di Madinah diteruskan dengan pelbagai cara termasuk hebahan dalam media sosial WhatsApp.

Usaha Mengesan Nor Azimah Diteruskan, Kali Terakhir Dilihat Di Masjid Nabawi

Bapanya, Ibrahim Abdul Rahman, 54, berkata kehilangan Nor Azimah yang menjadi viral di media sosial itu turut dihebahkan melalui WhatsApp dalam kalangan pelajar dan guru di Universiti Madinah dan Universiti Taibah serta guru yang mengajar di Masjid Nabawi.

Katanya, beliau mencari Nor Azimah di hospital pada Isnin (dua hari selepas kehilangannya), namun dimaklumkan anaknya sudah dibenarkan keluar sehari sebelum itu.

"Kami tiba di hospital sehari selepas Nor Azimah dibenarkan keluar tetapi hingga kini gagal mengesan beliau," katanya ketika dihubungi, BH, hari ini.

Semalam BH melaporkan, seorang jemaah umrah Malaysia mendakwa melihat Nor Azimah pengsan sebelum wanita itu dibawa ke hospital dengan ambulans.

Bagaimanapun, Malek Halim, 51, dari Pulau Pinang berkata, beliau tidak mengetahui ke mana Nor Azimah dibawa yang ketika itu dalam keadaan separuh sedar selepas pengsan di tepi jalan berhampiran Masjid Nabawi pada hari jemaah itu dilaporkan hilang.

Nor Azimah yang juga seorang ibu tunggal dilaporkan hilang selepas mengerjakan umrah pada 11 Disember lalu dan kali terakhir dilihat di Masjid Nabawi.

Kehilangan mangsa turut disahkan oleh Konsulat Malaysia di Jeddah dan usaha mencari mangsa masih dilakukan dengan kerjasama pihak berkuasa di Arab Saudi.



sumber-bharian.com.my/node/110420

No comments