Terkini

Akibat Nak Tunjuk Aksi ‘Ku*um Melampau’, Kak KM Dan Iqram Dinzly Dikecam (Video)

KAK KM buat hal lagi… Siapa yang gemar layan Facebook pasti ramai yang mengenali siapakah empunya nama Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM ini kan. Anak kepada artis veteran, Normah Damanhuri itu sering menjadi bualan hangat netizen berikutan gemar muncul dengan aksi dan kelakuan yang membuat orang ramai menggeleng kepala.

Akibat Nak Tunjuk Aksi ‘Ku*u Melampau’, Kak KM Dan Iqram Dinzly Dikecam (Video)

Meskipun menerima banyak komen negatif berbanding positif, pemilik kepada produk jamu kecantikan, Sweet Dara itu sama sekali tidak mengendahkan hal tersebut malah sering tampil lebih berani terutama dalam usaha mempromosikan produk miliknya.


Terbaharu, Kak KM dikatakan muncul dengan babak lebih panas daripada kebiasaan apabila dikatakan membuat aksi yang boleh disifatkan sebagai 18SX bersama pelakon, Iqram Dinzly.

Menerusi sebuah video yang sedang tular di media sosial tersebut, kedua-dua mereka dilihat sedang cuma menikmati ais krim tetapi dengan gaya dan cara yang ‘melampau’ yang dianggap keterlaluan bagi netizen tempatan.

Pada awalnya, Iqram yang lengkap memakai blazer dan bersongkok dilihat sedang menikmati aiskrim kon itu sambil diusik oleh Kak KM.


“Nasib baik Bismillah tak lupa,” usik Kak KM.

Tidak lama selepas itu, Kak KM pula menunjukkan cara ‘menikmati’ aiskrim konnya sambil disaksikan oleh Iqram sebelum wanita itu dilihat dengan sengaja melaga punggung ke arah aktor berkenaan.

Tidak habis di situ, Kak KM kemudiannya dilihat meneruskan aksi ‘ghairah’ tersebut dengan memasukkan separuh daripada kon aiskrim berkenaan ke dalam mulutnya sambil menari dengan girang.


Video yang menerima lebih daripada 300,000 tontonan itu menerima pelbagai reaksi negatif daripada netizen yang mengecam dan mengutuk teruk perbuatan tersebut.

Rata-rata mereka beranggapan perbuatan seperti itu tiada adab kerana bertentangan dengan budaya Timur dan agak kurang sopan ditonton remaja belum berkahwin.

Bukan itu sahaja, malah mereka juga menggesa pihak berwajib agar tidak berdiam diri dan mengambil langkah sewajarnya bagi mengenakan tindakan tegas terhadap individu seperti itu.

Rakaman itu dilihat terus mendapat perhatian orang ramai khususnya di laman Facebook.



No comments