5 Gambar Kemalangan Ngeri, Suami Terpelanting Isteri Terperosok Bawah Treler
SUNGAI PETANI - Sepasang suami isteri maut apabila motosikal yang ditunggang dilanggar sebuah kereta Perodua Myvi di Kilometer 106.6 Lebuhraya Utara Selatan kira-kira jam 6.40 petang, semalam.
Mangsa, Hanizar Abd Hamid,44, dari Kampung Masjid Teluk Kumbar, Bayan Lepas bersama isteri, Zaiton Awang,40-an dikatakan terpelanting sehingga terperosok ke bawah lori treler dengan kesan cat kuning tertumpah di atas lebuh raya.
Kedua-duanya kemungkinan baru selesai melakukan tugas mengecat berikutan penemuan alatan mengecat dan cat kuning yang tertumpah dan terkena mangsa.
Difahamkan, kejadian berlaku apabila mangsa ingin mengelak dari lori treler yang berada di laluan kecemasan.
Bagaimanapun, sebuah kereta dari arah belakang yang juga melalui laluan sama arah Sungai Petani - Butterworth gagal mengawal kenderaan lalu melanggar mangsa.
Akibat rempuhan berkenaan, Zaiton terperosok ke bawah tayar treler manakala suaminya yang turut terpelanting dipenuhi cat kuning.
Kedua-duanya maut di lokasi kejadian namun pemandu kereta hanya cedera ringan manakala pemandu lori tidak mengalami kecederaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata, pihaknya masih menyiasat kejadian.
Mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani untuk dibedah siasat.
Sumber - SinarOnline
Zaiton Awang,40-an dikatakan terpelanting sehingga terperosok ke bawah lori treler. |

No comments
Post a Comment