VIDEO - Detik Kejadian Penyanyi Dangdut Dipatuk Ular Sehingga Rebah Ke bumi
Indonesia – Tidak dinafikan muzik dangdut merupakan di antara genre muzik yang paling mendapat perhatian tinggi daripada peminat di Indonesia.
Kebanyakan penyanyi yang memilih genre dangdut pasti nama mereka akan boom dan meletup bak pisang goreng panas.
Salah seorang daripadanya ialah Irma Bule yang terkenal dengan gimik dengan menampilkan ular sawa dalam setiap persembahan pentasnya.
Namun, gimiknya itu membawa padah apabila dia disahkan mati selepas dipatuk ular ketika menjayakan persembahan di Jawa Barat, Ahad lalu.
Ketika mendendangkan lagu kedua, Irma dikatakan telah memijak ekor ular King Cobra secara tidak sengaja hingga menyebabkan ular itu bertindak mematuk peha Irma.
Dipercaya ular yang dijadikan props persembahan itu masih lagi berbisa dan gigitannya membawa maut.
Setelah digigit, Irma tidak segera mendapatkan rawatan sebaliknya dia terus melakukan persembahan seperti biasa.
Namun, 45 minit selepas insiden dipatuk ular, Irma rebah dan akhirnya dia disahkan sudah meninggal dunia sebaik tiba di hospital untuk menerima rawatan. – Mynewshub
Pendangdut Irma Bule Yang Mati Dipatuk Ular |

No comments
Post a Comment