Terkini

Enam sekeluarga termasuk tiga kanak-kanak maut, kereta bertembung lori

Gua Musang: Enam sekeluarga terbunuh selepas kereta dinaiki bertembung dengan lori dalam kejadian di Jalan Gua Musang-Kota Bharu di Gua Sejuk di sini, pagi ini.

Enam sekeluarga termasuk tiga kanak-kanak maut, kereta bertembung lori
 Semua tujuh mangsa menaiki Proton Persona dari arah Gua Musang ke Kuala Krai

Semua mangsa meninggal dunia, termasuk tiga kanak-kanak di lokasi kejadian manakala seorang parah, dalam kemalangan kira-kira 10 pagi.

Semua mayat dibawa ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat.

Difahamkan, semua tujuh mangsa yang menaiki Proton Persona dari arah Gua Musang ke Kuala Krai dikatakan cuba memotong lori sebelum bertembung dengan lain dari arah bertentangan.

Enam sekeluarga termasuk tiga kanak-kanak maut, kereta bertembung lori

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Saharmi Harun, berkata pihaknya menerima panggilan kira-kira 10 pagi.

Katanya, enam anggota bersama sebuah jentera dan pacuan empat roda dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Setibanya di lokasi kejadian semua mangsa didapati tersepit di dalam kereta. Kita mengambil lebih 30 minit untuk mengeluarkan semua mangsa sebelum dibawa ke hospital," katanya.-hmetro

Enam sekeluarga termasuk tiga kanak-kanak maut, kereta bertembung lori

No comments