Terkini

Rakaman CCTV Menunjukkan Apakah Tindakan Wanita Itu Sebelum Mati

AKIBAT terlalu leka menggunakan telefon pintar sambil berjalan kaki, seorang wanita dilaporkan terjatuh dan kemudiannya mati lemas dalam sungai di China pada Selasa.

Rakaman CCTV Menunjukkan Apakah Tindakan Wanita Itu Sebelum Mati
Rakaman CCTV Menunjukkan Apakah Tindakan Wanita Itu Sebelum Mati

Rakaman litar tertutup yang diedarkan CCTV News hari ini jelas menunjukkan wanita berkenaan bergelut cuba menyelamatkan diri selama 2 minit sebelum lemas.

Wanita berusia 28 tahun itu merupakan seorang pekerja asing dan ibu kepada 2 orang anak.

Mayat 'Wang' ditemui suaminya 'Yang' setelah menemui kasutnya terapung di permukaan sungai apabila keluar mencarinya keesokkan paginya.

Pegawai penyiasat, Zhou Renjun menjelaskan kepada akhbar thepaper.cn, kedalaman sungai di Wenzhou, Zhejiang itu hanya paras dada tetapi tebingnya yang tinggi boleh menyebabkan orang yang lalu lalang terjatuh dan lemas akibat panik.

Kejadian ini telah membuka mata pengguna media sosial di China agar lebih berhati-hati apabila menggunakan telefon bimbit.





Dipetik dari Astroawani

No comments