Terkini

Kejam!!...Penyerang Turut Menyerang Wanita Hamil Hingga Nyaris Gugur

PULAU PINANG. – Pengusaha restoran yang diserang sekumpulan 40 lelaki dalam kejadian di Sungai Ara, Bayan Baru di sini awal pagi semalam, menyifatkan kesemua suspek sebagai kejam dan tidak berhati perut.

Kejam!!...Suspek Turut Menolak Wanita Hamil Hingga Berlaku Pendarahan
Mariah Rahmat, 28, yang hamil tiga bulan berkata, dia turut menjadi mangsa penyerang


Mariah Rahmat, 28, yang hamil tiga bulan berkata, dia turut menjadi mangsa selepas ditolak penyerang berkenaan sehingga perutnya ter­kena penjuru meja.

Malah katanya, dia juga tidak mampu me­lakukan apa-apa dan hanya melihat pekerjanya dipukul beramai-ramai menggunakan topi keledar dan kerusi sehingga menyebabkan seorang pekerja wanitanya pengsan.

Menceritakan semula detik-detik menakutkan itu, Mariah yang berasal dari Thailand berkata, ketika kejadian dia berada di bahagian dapur manakala pekerja yang lain sedang mengemas restoran selepas selesai berniaga.

Bagaimanapun, katanya, secara tiba-tiba sekumpulan lelaki Melayu yang memakai topi keledar merempuh masuk ke kedainya dari arah depan dan bahagian dapur kedainya.

Terkejut dengan ke­jadian itu, Mariah ber­kata, dia cuba menyelamatkan diri de­ngan menelefon suaminya yang ketika itu tiada di kedai.

“Namun, salah seorang suspek bertindak di luar kawalan apabila menolak saya sehingga bahagian perut terke­na bucu meja dan saya mengalami pendarahan yang agak teruk,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Mariah, keadaan men­jadi bertambah cemas sele­pas beberapa suspek dikatakan menceroboh rumahnya yang terletak bersebelahan restoran itu dan melarikan beg yang menyimpan wang hasil berniaga serta duit gaji pekerja.

Malah katanya, suspek juga bertindak melarikan barang kemas miliknya yang disimpan di dalam bilik tidur.

“Saya merayu supaya mereka tidak mencederakan kami namun mereka tidak mempedulikannya malah terus memukul pekerja saya menggunakan kerusi dan topi ke­ledar.

“Akibat kejadian itu juga, pekerja-pekerja saya cedera pada bahagian tangan, kepala dan badan termasuk pendarahan dalam mata,” katanya.

Tambah Mariah, kejadian menakutkan itu berlaku kira-kira 20 minit dan ketika itu terdapat lima pelanggan lain yang masih berada di restorannya.

Namun katanya, pelanggannya itu juga tidak mampu berbuat apa-apa kerana jumlah penyerang yang ramai dan hanya memerhatikan sahaja mereka melarikan diri menaiki motosikal.


sumber-utusanonline

No comments