Telur Dari Neraka, Lokasi Tumpuan Berbau Busuk Malah Berisiko Dimasak Hidup-hidup
“SELAMAT datang ke neraka. Itulah slogan yang acap kali bermain di bibir pelancong tatkala mereka tiba di lembah Owakudani yang terletak di Hakone, 100 kilometer dari barat daya Tokyo, Jepun.
Lokasi tumpuan pelancong itu bukan sahaja panas dan berbau busuk, malah sesiapa sahaja mungkin berisiko ‘dimasak’ hidup-hidup sekiranya tersilap langkah.
Manakan tidak, ia merupakan lembah kaldera volkanik yang terbentuk daripada magma akibat letusan kuat gunung berapi Hakone kira-kira 3,000 tahun dahulu.
Letusan itu sungguh kuat sehingga kawasan sekitar kawah masih aktif mengeluarkan pancutan mata air panas sehingga hari ini.
Sebelum kawasan itu digelar Owakudani atau Great Boiling Valley, ia dikenali sebagai Ojigoku atau Great Hell.
Bau wasap gas sulfur dioksida dan hidrogen sulfida yang busuk memenuhi segenap ruang udara, manakala rekahan bumi di sekitarnya mengeluarkan stim panas.
Suasana itu sudah cukup menggambarkan alasan mengapa ia digelar dengan nama neraka dalam kalangan pelancong serta penduduk setempat.
Kedengaran tidak ideal sebagai destinasi pelancongan, namun gambaran yang menakutkan itu sedikit pun tidak menghalang beribu-ribu pelancong dari dalam dan luar negara untuk berkunjung ke lokasi berkenaan pada setiap tahun.
Ini kerana, di situlah para pengunjung berpeluang merasai telur hitam atau kuro-tamago.
Juadah unik yang menjadi hidangan tradisional daerah itu merupakan telur ayam yang direbus di dalam kolam mata air panas di sekitar lembah Owakudani.
Kehadiran sulfur dan besi dalam air kolam tersebut menyebabkan kulit telur bertukar warna menjadi hitam apabila siap direbus.
Menurut kepercayaan masyarakat setempat, amalan memakan sebiji telur hitam itu dikatakan mampu memanjangkan hayat sehingga tujuh tahun lebih lama.
Pendakian singkat selama kira-kira 15 minit akan membawa pengunjung ke Lake Ashi iaitu tapak merebus telur utama di kawasan tersebut.
Menurut salah seorang pemandu pelancong, Yamamoto, telur segar akan dimasukkan dalam bakul besi dan direbus dalam kuantiti yang banyak selama satu jam pada suhu 80 darjah Celsius.
Kemudian, ia akan distim pada suhu 100 darjah Celsius selama sekitar 15 minit bagi memastikan ia benar-benar masak.
“Kulit luar hitam manakala isinya sama seperti telur rebus biasa. Cuma ia ada sedikit rasa dan bau busuk daripada sulfur, namun ia tidak begitu ketara,” katanya.
Telur hitam itu dijual pada harga ¥500 (RM17.80) bagi satu bungkus yang mengandungi lima biji telur.
Menariknya, semua kerja merebus dilakukan secara manual memandangkan mesin tidak dapat digunakan kerana mudah berkarat dalam keadaan sulfur tinggi sedemikian.
“Pekerja yang digelar mushikata akan membasuh dan merebus telur dalam kolam air panas yang dipanggil ‘tamaire’,” ujarnya.
Lebih menarik, pengunjung berpeluang menikmati juadah tersebut sambil menyaksikan panorama indah Gunung Fuji yang menjadi simbol negara Matahari Terbit itu.
Sumber-kosmo online
telur hitam atau kuro-tamago |
Lokasi tumpuan pelancong itu bukan sahaja panas dan berbau busuk, malah sesiapa sahaja mungkin berisiko ‘dimasak’ hidup-hidup sekiranya tersilap langkah.
Manakan tidak, ia merupakan lembah kaldera volkanik yang terbentuk daripada magma akibat letusan kuat gunung berapi Hakone kira-kira 3,000 tahun dahulu.
Letusan itu sungguh kuat sehingga kawasan sekitar kawah masih aktif mengeluarkan pancutan mata air panas sehingga hari ini.
Sebelum kawasan itu digelar Owakudani atau Great Boiling Valley, ia dikenali sebagai Ojigoku atau Great Hell.
Bau wasap gas sulfur dioksida dan hidrogen sulfida yang busuk memenuhi segenap ruang udara, manakala rekahan bumi di sekitarnya mengeluarkan stim panas.
Suasana itu sudah cukup menggambarkan alasan mengapa ia digelar dengan nama neraka dalam kalangan pelancong serta penduduk setempat.
Kedengaran tidak ideal sebagai destinasi pelancongan, namun gambaran yang menakutkan itu sedikit pun tidak menghalang beribu-ribu pelancong dari dalam dan luar negara untuk berkunjung ke lokasi berkenaan pada setiap tahun.
Ini kerana, di situlah para pengunjung berpeluang merasai telur hitam atau kuro-tamago.
telur hitam atau kuro-tamago |
Kehadiran sulfur dan besi dalam air kolam tersebut menyebabkan kulit telur bertukar warna menjadi hitam apabila siap direbus.
Menurut kepercayaan masyarakat setempat, amalan memakan sebiji telur hitam itu dikatakan mampu memanjangkan hayat sehingga tujuh tahun lebih lama.
Pekerja yang digelar mushikata akan membasuh dan merebus telur dalam kolam air panas |
Menurut salah seorang pemandu pelancong, Yamamoto, telur segar akan dimasukkan dalam bakul besi dan direbus dalam kuantiti yang banyak selama satu jam pada suhu 80 darjah Celsius.
Kemudian, ia akan distim pada suhu 100 darjah Celsius selama sekitar 15 minit bagi memastikan ia benar-benar masak.
“Kulit luar hitam manakala isinya sama seperti telur rebus biasa. Cuma ia ada sedikit rasa dan bau busuk daripada sulfur, namun ia tidak begitu ketara,” katanya.
Telur hitam itu dijual pada harga ¥500 (RM17.80) bagi satu bungkus yang mengandungi lima biji telur.
Menariknya, semua kerja merebus dilakukan secara manual memandangkan mesin tidak dapat digunakan kerana mudah berkarat dalam keadaan sulfur tinggi sedemikian.
“Pekerja yang digelar mushikata akan membasuh dan merebus telur dalam kolam air panas yang dipanggil ‘tamaire’,” ujarnya.
Lebih menarik, pengunjung berpeluang menikmati juadah tersebut sambil menyaksikan panorama indah Gunung Fuji yang menjadi simbol negara Matahari Terbit itu.
Panorama indah Gunung Fuji dilihat dari lembah Owakudani |
Sumber-kosmo online
No comments
Post a Comment