Gambar + Video : Remaja DiPenggal Leher Pegang Kepala Elak Terkulai
Brasilia - Seorang remaja lelaki belasan tahun berjalan hampir setengah kilometer sambil memegang kepalanya yang separuh terpenggal akibat diserang tiga lelaki yang merompaknya di Santa Caterina, selatan Brazil, Ahad lalu.
Menurut Daily Mail, video yang dirakam polis itu menunjukkan remaja berkenaan, Pablo Patrik de Souza, 18, duduk di tepi jalan di Ponta da Vigia, Penha. sambil menahan kepalanya supaya tidak terkulai selepas ditemui seorang anggota bomba yang tidak bertugas pada hari itu.
Dalam video itu, lehernya kelihatan cedera teruk sehingga mendedahkan tisu dan otot dalaman akibat dikelar dengan pisau.
Meskipun kepalanya hampir putus, remaja itu kelihatan tenang ketika menceritakan kepada lelaki yang menemuinya apa yang berlaku.
Menurutnya, dia cuba melawan ketika diserang tiga lelaki yang merompak telefon bimbit serta wangnya namun gagal dan mereka cuba memenggal kepala dengan mengelar lehernya.
Remaja itu memberitahu, penyerang mencampaknya ke dalam parit dan dia berpura-pura mati. Dia bersembunyi dalam hutan semalaman sambil memegang lehernya, bimbang penyerang itu kembali sebelum berjalan ke tepi jalan pagi esoknya.
Ketika menunggu ambulans tiba, anggota polis kedengaran bertanya kepadanya: “Adakah mereka buat begini kerana awak berhutang atau sebab lain?”
Remaja itu menjawab: “Tidak, mereka merompak saya dan saya melawan. Saya tumbuk muka seorang penyerang.”
De Souza dibawa ke Hospital Marieta Konder Bornhausen di Itajai untuk menjalani pembedahan dan polis sedang memburu penyerangnya.
Sumber - MyMetro
Menurut Daily Mail, video yang dirakam polis itu menunjukkan remaja berkenaan, Pablo Patrik de Souza, 18, duduk di tepi jalan di Ponta da Vigia, Penha. sambil menahan kepalanya supaya tidak terkulai selepas ditemui seorang anggota bomba yang tidak bertugas pada hari itu.
Dalam video itu, lehernya kelihatan cedera teruk sehingga mendedahkan tisu dan otot dalaman akibat dikelar dengan pisau.
Menurutnya, dia cuba melawan ketika diserang tiga lelaki yang merompak telefon bimbit serta wangnya namun gagal dan mereka cuba memenggal kepala dengan mengelar lehernya.
Remaja itu memberitahu, penyerang mencampaknya ke dalam parit dan dia berpura-pura mati. Dia bersembunyi dalam hutan semalaman sambil memegang lehernya, bimbang penyerang itu kembali sebelum berjalan ke tepi jalan pagi esoknya.
Ketika menunggu ambulans tiba, anggota polis kedengaran bertanya kepadanya: “Adakah mereka buat begini kerana awak berhutang atau sebab lain?”
Remaja itu menjawab: “Tidak, mereka merompak saya dan saya melawan. Saya tumbuk muka seorang penyerang.”
De Souza dibawa ke Hospital Marieta Konder Bornhausen di Itajai untuk menjalani pembedahan dan polis sedang memburu penyerangnya.
Sumber - MyMetro
No comments
Post a Comment