Terkini

Video : Lucu..Tengok Apa Yang SiAbang Buat Nak Tenteramkan Adiknya

Seorang kanak-kanak lelaki dirakam cuba mententeramkan adiknya yang menangis dengan menyusukannya.

Video : Lucu..Tengok Apa Yang SiAbang Buat Nak Tenteramkan Adiknya

Kejadian melucukan itu berlaku selepas si abang puas menepuk kepala adiknya supaya berhenti menangis, tetapi gagal.

Mungkin teringatkan cara yang selalu dilakukan ibu mereka, si abang mengangkat bajunya dan menghalakan dadanya ke arah adiknya yang baru berusia tujuh minggu itu.

Apabila bayi berkenaan masih enggan berhenti menangis, abangnya dilihat mendekatkan lagi dirinya ke mukanya supaya dia boleh menyusukan adiknya.

Kejadian itu dirakam oleh ibu mereka, Vanessa Thompson di kediaman keluarga itu di Tonawanda, New York.

Dalam rakaman video itu, Vanessa kedengaran ketawa melihat gelagat anak lelakinya.

Menurut Vanessa, anak lelakinya sering melihat dia menyusukan adiknya dan dia cuba meniru tindakannya bagi menteramkan adiknya.

“Saya dan suami mempunyai empat anak lelaki. Kami memperoleh anak perempuan tujuh minggu lalu.

“Anak lelaki kami yang berusia dua tahun memang amat prihatin dan sering meniru apa yang kami lakukan.

“Dia cuba mententeramkan adiknya, mula dengan menciumnya sebelum menepuknya. Bila adiknya tidak berhenti menangis, dia cuba menyusukannya,” kata Vanessa.

Video berkenaan dimuat naik ke Facebook oleh Vanessa beberapa hari lalu dan sejak itu mencatatkan lebih lima juta tontonan.



MyMetro



No comments