Terkini

Pengusaha Tati Skincare "Tiruan" DiKenal Pasti Dan DiBeri Amaran

PETALING JAYA - Tati Skincare telah mengenal pasti individu yang terlibat memasarkan produk tiruan yang dipercayai mengandungi bahan terlarang menggunakan jenama syarikat kosmetik itu.

Pengusaha Tati Skincare "Tiruan" DiKenal Pasti Dan DiBeri Amaran

Sehubungan itu, syarikat beribu pejabat di Kelantan ini memberi amaran kepada individu tidak bertanggungjawab itu supaya menghentikan perbuatan tersebut dan membuat permohonan maaf secara terbuka.

Pengasasnya, Nurhayati Hashima Muhammad berkata, setakat ini, bahan bukti mengenai perbuatan individu tidak bertanggungjawab itu sudah dikumpul.

"Kami juga telah membuat laporan polis terhadap individu tersebut. Pada masa sama kami telah melantik peguam untuk mengambil tindakan undang-undang bagi mengheret pihak tidak bertanggungjawab ke muka pengadilan," katanya kepada mStar Online.

Menurut Nurhayati, tindakan pihak berkenaan melemparkan tuduhan kepada syaraikat telah menimbulkan tanggapan negatif terhadap produk keluaran Tati Skincare.

"Tuduhan itu dibuat secara terbuka di media sosial seperti Facebook, Instagram, blog dan aplikasi WhatsApp dan menjadi tular. Akibatnya, timbul pelbagai tanggapan negatif terhadap produk Tati Skincare," katanya.

Susulan itu, Nurhayati berharap orang ramai tidak mempercayai serangan jahat itu dan merujuk kepada pihak pengurusan syarikat kosmetik tersebut jika terdapat sebarang kemusykilan dan pertanyaan mengenai produk tersebut.

"Kami sedang menyiasat aduan produk tiruan yang terdapat di pasaran menggunakan jenama kami. Oleh itu, kami menasihatkan orang ramai agar lebih berhati-hati dalam mendapatkan produk keluaran kami di pasaran," katanya.

Pengusaha Tati Skincare "Tiruan" DiKenal Pasti Dan DiBeri Amaran


Baru-baru ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan dua produk keluaran syarikat kosmetik tersebut iaitu Tati Skincare Night Cream, Tati Skincare Treatment Cream mengandungi merkuri dan bahan kimia jenis hydroquinone dan tretinoin.

Namun, Nurhayati menjelaskan pihaknya telah berhubung Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) KKM dan sedia memberi kerjasama penuh dalam perkara itu.

"Kami sedang berhubung dengan NPRA KKM untuk mendapat gambaran penuh mengenai tindakan yang telah diambil. Kami juga bersedia memberikan kerjasama sepenuhnya sebagaimana diberikan pihak selama ini," katanya.

Sumber : MstarOnline

No comments