Video : MISTERI Berpuluh Semut Keluar Dari Mata Budak Perempuan
Seorang budak perempuan yang tinggal di Belthangady, India, mula mengadu matanya sakit teruk dan memberitahu ibu bapanya bahawa dia merasakan ada sesuatu yang tersekat di kelopak matanya.
Seorang budak perempuan menjadi tajuk berita baru-baru ini gara-gara berpuluh ekor semut yang keluar dari matanya.
Kira-kira 60 ekor semut telah dikeluarkan dari mata Ashwini, 11, setakat ini, yang mana doktor pada mulanya mencadangkan serangga itu masuk ke dalam badannya melalui telinga.
Setelah diperiksa, mereka mendapati terdapat semut di sebelah matanya.
Bagaimanapun, mereka tidak menganggap ia serius kerana berfikir serangga itu masuk ke dalam matanya secara tidak sengaja, tetapi tidak lama kemudian Ashwini mengadu sakit mata sekali lagi.
Kali ini mereka menemui lebih banyak semut yang sudah mati dan mereka terus membawanya ke hospital.
Seorang doktor tempatan memberitahu ibu bapa Ashwini bahawa serangga itu mungkin masuk ke dalam tubuhnya melalui telinga dan kemudian 'sampai' ke matanya.
Dia memberikan beberapa titis ubat mata untuk membantu rasa tidak selesa yang dialami Ashwini, tetapi setiap hari terdapat lima hingga enam ekor semut dikeluarkan dari matanya setiap hari.
Seminggu yang lalu, Daily Mail melaporkan terdapat sekitar 60 ekor semut mati di mata Ashwini dalam tempoh 10 hari.
Situasi ini menyebabkan doktor-doktor di Belthangady bingung tentang bagaimana semut-semut itu boleh berada di mata Ashwini atau apa yang dapat mereka lakukan untuk menghentikan fenomena aneh ini.
Dia akhirnya dibawa ke hospital mata di Moodabidri, di mana keluarganya berharap mendapat beberapa jawapan.
IB Times melaporkan ibu bapa Ashwini bimbang dia telah diganggu 'semangat jahat', jadi mereka juga membawanya berjumpa seorang ahli nujum yang memberitahu mereka bahawa semut di mata itu disebabkan oleh sesuatu yang dipanggil Naga Dosha (sumpahan ular).
Beberapa tahun yang lalu, berlaku kes aneh yang mana semut keluar dari telinga seorang budak perempuan dari India Shreya Darji, setiap hari.
Sumber:MStarOnlne

No comments
Post a Comment