Terkini

Awas!! Pemangsa Seksual Remaja TERLALU Bebas Di Malaysia

DI BANDAR Kuala Lumpur terletak sebuah hotel empat bintang. Kami berada di lobi yang penuh dengan kelibat manusia .Di situlah pemangsa seksual kanak-kanak itu membuat keputusan untuk 'menawan' seorang remaja berumur 15 tahun, Nadia.

Awas!! Pemangsa Seksual Remaja TERLALU Bebas Di Malaysia


Sejam yang lepas, mereka berada di kafe di seberang jalan di mana lelaki yang berumur lewat 30-an itu cuba memujuk Nadia, "kawan" barunya yang dikenali melalui aplikasi mesej, WeChat untuk pulang ke hotel bersamanya. Katanya, dia mahu berkenalan sahaja. "Awak kena belajar untuk percaya," dia ulang berkali-kali.

Namun Nadia gelisah dan takut kerana mereka baru sahaja mula berbalas mesej sejak seminggu lepas dan dia telah dengar pelbagai kisah menakutkan tentang nasib yang menimpa akibat berjumpa dengan kenalan online.


Tetapi lelaki itu tahu apa yang dia sedang lakukan. Dia seorang 'groomer', gelaran bagi pemangsa seksual yang menggunakan aplikasi mesej di telefon pintar untuk mencari mangsa dan dia sangat sabar dalam melabur masa dan tenaga supaya mangsa lebih senang dimanipulasikan untuk memenuhi kehendak seksualnya yang terlampau.

Sepanjang perbualan mereka, dia konsisten menunjukkan sifat-sifat seorang yang baik hati, sambil mendesak, sehinggalah Nadia akur dan bersetuju untuk berjalan dengannya ke lobi hotel.

Lelaki itu melihat peluang untuk mengambil kesempatan terhadap remaja berumur 15 tahun itu. Ia adalah jelas bahawa dia mahukan seks, tetapi pelawaannya datang dengan sebuah pengakuan yang menggerunkan.

"Bukan awak seorang je budak sekolah yang saya kenal. Ramai," katanya.

"Mereka semua muda macam saya ke?" Nadia bertanya.

"Abang dah pernah buat dengan budak Tingkatan Satu sampai Tingkatan Enam! Yang budak Tingkatan Satu tu sekolah dekat KL. Ada lagi seorang di Selangor, tapi dia dah Tingkatan Empat sekarang."

Apa yang lelaki ini tidak tahu adalah wartawan-wartawan dari R.AGE berada di sekeliling hotel tersebut, sedang mendengar perbualan itu, merekod setiap pergerakan mereka.

Bagi kami di R.AGE, ini hanyalah salah satu contoh perjumpaan yang telah kami rakamkan secara rahsia. Dan kami telah mengumpul bahan-bahan bukti selama enam bulan. Semuanya hanya melalui aplikasi mesej.

Kami juga menyimpan gambar-gambar lucah yang telah mereka hantar, dan perbualan mereka memujuk remaja bawah umur untuk lakukan aktiviti seksual bersama mereka.

R.AGE telah berhadapan dengan salah seorang pesalahlaku ini, lelaki berumur 28 tahun daripada salah satu universiti terkemuka di Malaysia yang mengaku dirinya seorang penagih seks. Dan dia telah mendedahkan bagaimana mereka mencari mangsa.

“Ia adalah satu permainan nombor,” kata pelajar sarjana tersebut. “Di WeChat, saya menggunakan “People Nearby” dan pilih mengikut jantina. Kemudian, saya menghantar mesej kepada seramai perempuan yang mungkin.”

Dari situ, mereka akan menghantar mesej yang semakin seksual. Tetapi mereka berhati-hati untuk mengelakkan penggunaan kata-kata yang akan membuat mangsa rasa takut.

Salah satu ayat yang biasa digunakan ialah “awak sentuh diri sendiri tak?”

Pemangsa seterusnya merupakan seorang lelaki yang bekerja di dalam industri media Malaysia.Dia tidak pernah sekali pun sebut apa-apa yang tidak senonoh kepada wartawan kami. Mungkin dia hanya mahu berkawan dengan budak remaja dan tidak lebih daripada itu.

Tetapi, segalanya berubah apabila pemangsa mengajak wartawan kami untuk berjumpa. Wartawan kami membuat alasan yang dia hadiri kelas tuisyen dan tidak boleh berjumpa pada waktu siang. Pada pukul 3 petang, pemangsa menghantar mesej mengatakan bahawa dia berada di kawasan pusat tuisyen itu dan mendesak untuk berjumpa.

sumber - mstaronline


No comments