Terkini

Mayat Busuk DiJumpai Dalam Kereta

KAJANG: Mayat seorang lelaki ditemui polis dalam sebuah kereta Proton Wira yang dilaporkan hilang sejak enam bulan lalu.

Mayat Busuk DiJumpai Dalam Kereta

Mayat dijumpai berhampiran tangki air Jalan Temenggung, Bandar Mahkota Cheras, Kajang kira-kira pukul 1 tengahari tadi.

Mayat ditemui berada di tempat duduk belakang kereta lengkap berpakaian dan berselipar dalam keadaan kembung dan berair.


Pemeriksaan forensik mendapati mangsa mati lebih daripada tiga hari dan dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat bagi mengenalpasti punca kematian.

Semakan kenderaan pula menunjukkan ia milik lelaki berbangsa cina, yang dilaporkan dicuri enam bulan lalu.

Bagaimanapun polis tidak menemui sebarang barang bukti kesalahan dalam kereta terbabit.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.


-AstroAwani



No comments