Terkini

Nasihat Mufti Pahang Kepada Safiey Ilias

Individu seperti mak nyah Sofea Ilias perlulah menjauhi kawan-kawan transgender yang lain sekiranya mahu “berubah” menjadi lelaki, dakwa mufti Pahang.

Nasihat Mufti Pahang Kepada Safiey Ilias

Menurut Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman, sahabat yang baik memainkan peranan membimbing golongan mak nyah “ke pangkal jalan”.


Jangan salahkan masyarakat, Mufti Pahang nasihat Safiey Ilias jauhi kawan mak nyah jika mahu benar-benar jadi lelaki

“Hindari rakan mak nyah lain kerana mereka inilah yang banyak mempengaruhi kembali ke jalan yang salah,”

“Sahabat yang baik boleh membimbing kita ke jalan yang benar berbanding rakan yang masih melakukan maksiat,” kata Abdul Rahman kepada Harian Metro.

Dr Abdul Rahman mengulas isu usahawan Sofea Ilias yang membuang implan payudaranya untuk menjadi lelaki dan mengambil nama Safiey, namun mengakui kembali dengan identiti wanita minggu ini.

Sofea mengusahakan produk-produk kecantikan kulit Aurora, WisPutih dan Perlaking. Produknya laris sehingga mampu bergelar jutawan dan memiliki beberapa kereta mewah.

Sofea dilaporkan “penat” dengan kritikan dan kutukan masyarakat walaupun sudah cuba untuk mengambil identiti lelaki.

Meskipun begitu, mufti itu berkata bahawa Sofea perlu lebih cekal dan tidak mempedulikan tohmahan masyarakat.

“Jangan salahkan masyarakat sekeliling kerana mereka akan menghukum berdasarkan apa yang mereka perhatikan.

“Mereka yang berubah itu sepatutnya tidak mempedulikan kata negatif yang dilemparkan kerana setiap manusia tidak dapat lari daripada melakukan kesilapan dalam hidup,” katanya.

Namun, dakwanya masyarakat juga memainkan peranan penting untuk memberi semangat kepada golongan tersebut untuk berubah.

“Kita sebagai saudara seagama wajib menyokong dan memberi semangat kepada mereka kerana untuk berubah tidaklah mudah kerana bekas mak nyah terpaksa menghadapi sindiran daripada kawan-kawan lama,” katanya.

No comments