Terkini

Video : Amah DiPenjara 10 Bulan Gara-gara Dera Ibu Majikan

SEORANG pembantu rumah Indonesia yang bekerja di Singapura, Murni Panengsih; 25, baru-baru ini telah dijatuhi hukuman penjara 10 bulan selepas dia didapati bersalah mendera ibu majikan.

Video : Amah DiPenjara 10 Gara-gara Dera Ibu Majikan

China Press melaporkan perbuatan kejam Murni dikesan majikannya menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang diletakkan di bilik tidur ibu majikannya itu.

Menurut majikannya, Huang Li Zhen, ibunya didera sebanyak 15 kali dan ia berlarutan sehingga setahun setengah.


Huang berkata dia hanya menyedari ibunya didera pada September tahun lalu selepas memeriksa rakaman video CCTV yang disambungkan kepada telefon bimbitnya.


Ibu Huang sudah meninggal dunia Disember tahun lalu dan tidak diketahui apa motif yang menyebabkan Murni bertindak sedemikian terhadap mangsa.


– MYNEWSHUB.CC


No comments