Terkini

Che Ta Batal Sambut Harijadi Anak Di Luar Negara Sebab Tak Bayar Cukai

KUALA LUMPUR — Tidak mampu membayar cukai tertunggak, pelakon Rozita Che Wan terpaksa melupakan niat untuk menyambut hari jadi anak bongsu di London.

Che Ta Batal Sambut Harijadi Anak Di Luar Negara Sebab Tak Bayar Cukai

Rozita atau mesra disapa Che Ta berkata beliau perlu membayar tunggakan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), namun jumlahnya tidak dinyatakan.

“Jumlah tunggakan cukai yang perlu dibayar itu besar nilainya. Saya pula belum mampu untuk menjelaskan bayarannya sekali gus,” katanya seperti dilapor portal Berita Harian.

“Saya juga sudah mengadakan pertemuan bersama pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri berhubung perkara ini.

“Mahu atau tidak, saya memang perlu menyelesaikan tunggakan berkenaan.”

Pelakon drama Kak Marr berkata tempahan lokasi dan persiapan meraikan ulang tahun kelahiran Aaisyah Dhia Rana, 2, di London sudah dibuat.

Disebabkan sekatan itu, majlis ditukar di sebuah hotel terkenal di sini, semalam, dan dihadiri keluarga terdekat, lapor portal itu lagi.

Usahawan terkenal itu memiliki syarikat produksi Padusi Pictures, label fesyen, minyak wangi dan produk penjagaan wanita.

Bekas ratu cantik kerap dikritik pengguna laman sosial kerana menayangkan gambar percutian keluarga dan gaya hidup ‘mewah’.

Duta Jakel itu juga dilaporkan berbelanja besar dengan menghadiahkan barangan mahal untuk anak-anaknya termasuk kereta BMW, jam tangan Bell & Ross dan rantai leher berlian.

Baru-baru ini beliau meraikan hari jadi anak sulung Ammar Effendy di Santorini, Greece. – Malay Mail

No comments