Terkini

Video + Gambar : Lubang "Gergasi" Muncul Di Tengah Bandar Di Jepun

TOKYO – Sebuah lubang gergasi muncul secara tiba-tiba di Fukuoka, kira-kira 1,085 kilometer dari ibu kota Jepun semalam, ‘menelan’ lima lorong jalan raya berhampiran sebuah stesen kereta api.

Video + Gambar : Lubang "Gergasi" Muncul Di Tengah Bandar Tokyo


Lubang berukuran kira-kira 20 meter panjang dan 15 meter lebar itu berlaku di persimpangan lampu isyarat di selatan bandar raya berkenaan, lebih kurang jam 5 pagi (waktu tempatan) pada Isnin.

Video + Gambar : Lubang "Gergasi" Muncul Di Tengah Bandar Tokyo

Menurut Telegraph.co.uk, kejadian itu berlaku semasa hari masih gelap dan lubang itu terus membesar dengan kedalaman kira-kira setinggi bangunan dua tingkat dan dipenuhi air dari paip yang pecah.

Pihak berkuasa mengesahkan, tiada kecederaan yang dilaporkan dari kejadian itu. Punca kejadian masih dalam siasatan dan pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan kejadian itu berhubung kait dengan projek pembinaan kereta api bawah tanah.


Selain itu, pakar berpendapat mungkin kebocoran yang berlaku pada paip telah menyebabkan strutktur tanah menjadi lemah menyebabkan runtuhan itu berlaku.

Video + Gambar : Lubang "Gergasi" Muncul Di Tengah Bandar Tokyo


Video + Gambar : Lubang "Gergasi" Muncul Di Tengah Bandar Tokyo


Video + Gambar : Lubang "Gergasi" Muncul Di Tengah Bandar Tokyo

Difahamkan, lubang itu terus membesar dengan kedalaman kira-kira setinggi bangunan dua tingkat.

No comments