Terkini

Video : Lelaki Bogel Tak Sedar Tidur Dalam Lumpur

Seorang lelaki tidak sedar dia tidur dalam lumpur di tebing sebuah sungai dalam keadaan hampir bogel.

Video : Lelaki Bogel Tak Sedar Tidur Dalam Lumpur

Penduduk di Cajamarca, Peru, mulanya menyangka lelaki berkenaan, Jorge Luis Villanueva Anticona sudah tidak bernyawa.

Polis yang menerima laporan tiba di tempat kejadian dan bertindak pantas untuk menariknya dari sungai Mashcon.

Rakaman video yang viral di Internet menunjukkan Anticona terkejut apabila terjaga dan melihat polis di sekelilingnya sambil berkata: “Saya tidak melakukan sebarang kesalahan.’


Polis kemudian menyiramnya sebelum membawanya ke hospital.

Satu sumber berkata, Anticona terlalu mabuk selepas minum terlalu banyak arak malam sebelumnya sehingga ada yang berkata, dia mati akibat keracunan alkohol.

Menurut media tempatan, lelaki itu dilihat menyusuri tebing sungai dalam keadaan terhuyung-hayang sebelum dia dipercayai pengsan dan terbaring di dalam lumpur. - Agensi/MyMetro



No comments