Terkini

Pelajar Jepun Tak Rasa Pun Sapu Lantai, Cuci Tandas Sebagai Dera

Pelajar sekolah di negara ini nampaknya perlu mencontohi sikap pelajar di negara matahari terbit iaitu Jepun dalam mendidik tingkah laku seiring dengan kemodenan negara ini.

Pelajar Jepun Tak Rasa Pun Sapu Lantai, Cuci Tandas Sebagai Dera

Kebanyakan sekolah di Jepun tidak mempunyai tukang cuci atau janitor iaitu perkhidmatan pembersihan kawasan sekolah dan aspek kebersihan ini dilakukan sendiri oleh pelajar dan guru.

Pelajar Jepun Tak Rasa Pun Sapu Lantai, Cuci Tandas Sebagai Dera

Di Jepun, setiap pelajar akan diberikan tugas mencuci sekolah selepas makan tengah hari bersama guru bagi membentuk generasi yang bersederhana dan menjaga kebersihan.

Membersihkan kawasan sekolah sudah menjadi tradisi di Jepun kepada pelajar dari sekolah rendah hingga menengah akan meluangkan masa sapu kelas, bersihkan debu dan tugasannya berbeza mengikut sekolah.

Pelajar Jepun Tak Rasa Pun Sapu Lantai, Cuci Tandas Sebagai Dera

Tokyo Times melaporkan, amalan membersihkan kawasan sekolah ini bermula seawal usia 6 tahun hingga 17 tahun sebanyak empat kali seminggu.

Yumi Tagawa, 44, yang berpindah ke Amerika Syarikat menceritakan pengalamannya ketika belajar di sebuah sekolah di Osaka, Jepun.

Pelajar Jepun Tak Rasa Pun Sapu Lantai, Cuci Tandas Sebagai Dera

Menurutnya, setiap hari dia bersama rakan-rakannya akan mengangkat meja dan membersihkan kawasan bilik darjah serta apabila meningkat dewasa, pelajar akan diarahkan untuk membersihkan tandas.

“Kami melakukan perkara ini kerana kewajipan. Ia bukanlah sesuatu yang asing sehingga saya berpindah ke luar negara,” katanya yang kini bekerja sebagai pengurus di Manhattan, New York.

Pelajar Jepun Tak Rasa Pun Sapu Lantai, Cuci Tandas Sebagai Dera

Idea melibatkan pelajar dalam aktivit membersihkan kawasan sekolah ini dapat memupuk rasa hormat mereka dengan persekitaran selain mewujudkan kerjasama di antara pelajar.

Namun, tiada lagi laporan daripada ibu bapa di Jepun yang tidak berpuas hati apabila anak mereka diarahkan untuk mencuci sekolah sendiri.

Sudah tiba masanya, ibu bapa negara ini buka minda dan ubah mentaliti ke arah lebih baik serta mencontohi budaya Jepun dalam usaha menjadikan anak-anak yang lebih hormat, bersih dan bekerjasama.


No comments