Terkini

Gara-gara Terlupa Skrip, Wanita Gemuk Ini Menang Pertandingan Ratu Cantik

Walaupun mempunyai berat badan 120kg, namun seorang wanita dari Argentina membuktikan ia bukan penghalang untuknya memenangi pertandingan ratu cantik.

Gara-gara Terlupa Skrip, Wanita Gemuk Ini Menang Pertandingan Ratu Cantik

Estefania Correa dinobatkan 'Ratu Vendimia' dalam pertandingan ratu cantik yang merupakan sebahagian daripada festival membuat wain tahunan di barat Wilayah Mendoza Argetina.

Estafania yang mewakili Colonia Segova itu digelar 'Ratu anti-diskriminasi' selepas memberi ucapan spontan yang memberi inspirasi.

Wanita itu mengaku dia sebenarnya terlupa skrip yang dibuatnya dan ucapan yang diberikannya adalah spontan.

"Saya mahu memecahkan diskriminasi, bahawa Vendimia bukan satu pertandingan kecantikan tetapi lebih daripada itu, bahawa saya seorang wanita yang akan mewakili semua rakyat wilayah Mendoza dalam sektor wain," katanya.

Penyelaras Pertandingan Carolina Cocuzza berkata, tahun ini merupakan kali pertama peserta perlu bercakap mengenai topik yang dipilih mereka sendiri.

Carolina berkata, ucapan Estefania adalah berdasarkan 'non-diskriminasi dan memecah stereotaip 'Barbie Queen'.

"Pemenang adalah wanita sebenar yang mampu mewakili rakyat di Mendoza secara umum," ujarnya dipetik MailOnline.

Model bersaiz besar selama tiga tahun itu berkata, dia sentiasa mengimpikan untuk menjadi Ratu Vendimia.

"Saya amat gembira menjadi ratu di wilayah ini dan segala-galanya yang datang selepas akan menjadi hadiah untuk hidup saya.

"Kehidupan bukan hanya mempunyai badan dan wajah yang cantik, tapi lebih daripada itu," ujarnya.

Sumber - SinarOnline

No comments