Terkini

KuSangka Isteri Gembira Kerana Kelahiran Anak Kami, Rupa-rupanya

Kalau dulu lelaki sering dikaitkan dengan suka mencari wanita lain biarpun sudah berkahwin, kali ini luahan hati seorang suami yang kesal kerana perkahwinannya runtuh kerana sikap isteri yang curang.

KuSangka Isteri Gembira Kerana Kelahiran Anak Kami, Rupa-rupanya

Perit untuknya berkongsi cerita tetapi demi anak, dia rela. Dia mahu anaknya mengetahui seandainya suatu hari nanti kala mereka bertanya, dia akan menunjukkan kisah dirinya dan emak mereka yang pernah dia kongsi dalam majalah. Ini kerana dia tahu isterinya suka membaca majalah ini.

Saya kenal isteri ketika kami menghadiri satu pertandingan debat antara universiti. Dia mewakili universitinya manakala saya hanya hadir sebagai penyokong kepada kawan-kawan yang mengambil bahagian. Tidak dinafikan, auranya memang memikat hati malah petah berkata-kata. Saya akur dengan situasi itu. Saya yang pertama menegurnya, bersikap gentlemen dan meminta nombor telefon bimbitnya. Alhamdulillah, persahabatan saya diterimanya. Saya dan Aina adalah anak sulung. Mak dan ayah saya adalah pegawai kerajaan manakala ibu bapa Aina pula menjalankan perniagaan. Boleh dikatakan Aina anak orang berada.

Hubungan kami berjalan lancar dan saya bahagia kerana mengenalinya. Hubungan kami mulai rapat. Pada satu ketika, saya mendapat amaran daripada kawan-kawan. Kata mereka, Aina ada kekasih dan mereka masih rapat dan dia merapati saya kerana mahu menjauhkan diri dari kekasihnya itu. Tapi saya tidk perlu apa yang diperkatakan itu kerana niat saya memang ikhlas dengannya.

Selepas tamat belajar, saya bergelar jurutera di sebuah syarikat manakala Aina pula pegawai di sebuah syarikat swasta. Kami akhiri perhubungan ini dengan satu ikatan perkahwinan. Ramai yang cemburu kerana saya berjaya mengahwini Aina yang menjadi rebutan ramai lelaki.

Alhamdulillah saya bahagia, begitu juga dengan Aina. Biarpun ada masa kami sama-sama sibuk dengan kerjaya tetapi itu bukan penghalang kerana masing-masing faham. Aina juga meminta agar kehamilan ditangguhkan dahulu kerana dia mahu membina karier ke puncaknya. Kalau boleh katanya dalam tiga tahun selepas itu barulah dia bersedia.

Saya akur namun sebagai manusia, kita hanya boleh merancang dan Tuhan menentukan segalanya. Selepas setahun, Aina mengandung. Saya begitu gembira tetapi Aina nampak murung. Dia ternyata tidak bersedia apatah lagi dia menghadapi morning sickness yang agak teruk. Berkali-kali dia berkata, bagaimana semua ini boleh terjadi. Dia berkata bahawa saya tidak memahaminya. Saya katakan kepadanya, Allah sudah memberi rezeki tetapi dia enggan menerima kenyataan itu. Sepanjang mengandung, moodnya memang berbeza. Tampak dia benar-benar stres dengan kehamilannya.

Selepas bersalin, saya tengok Aina gembira. Saya fikirkan, kelahiran anak memberi rahmat kepada hubungan kami tetapi nampaknya Aina semakin balik di tengah malam. Berbagai-bagai-bagai alasan dia berikan dan anak kami banyak dididik oleh pembantu rumah. Saya sedaya upaya menjaga anak kerana memang kasihkannya.

Ada kalanya sikap Aina menguji kesabaran saya. Rumah tangga kami nampak seperti huru hara. Dia sering balik lewat dan memang tak boleh ditegur. Pernah saya ajak berbincang tetapi dia enggan. Hinggalah satu hari saya mendapat tahu yang Aina sering mengunjungi kelab malam dan sudah punya kekasih lain. Hubungan mereka nampak rapat dan ada ketika mereka bermalam di hotel. Ini bukan saya mahu menuduh tetapi saya mendapat semua maklumat ini, daripada kawan-kawan yang saya upah.

Hinggalah satu hari, saya pasang perangkap dan saya dapati Aina dengan kekasihnya di atas katil dalam keadaan memalukan. Saya memang bawa adiknya untuk menjadi saksi kerana saya tidak mahu dituduh membuat tuduhan membuta tuli. Bila balik ke rumah, adiknya membuka cerita rumah tangga kami kepada keluarganya. Aina mengakui dia memang mahu menuntut cerai kerana benci dengan perlakuan saya yang mengakibatkan dia mengandung tanpa kerelaannya. Dia mahu bebas malah akui tidak bersedia bergelar ibu.

Saya hanya mampu beristighfar dengan semua kenyataannya. Hari ini kes kami masih lagi dalam proses di mahkamah. Aina membuat ‘pusingan u’ mahukan anak kami. Sedangkan dia tidak bersedia. Bantulah saya. Saya lakukan segalanya untuk anak. Saya tidak mahu anak hidup dengan cara tidak elok namun pada masa yang sama, saya bukan mahu memutuskan ikatan ibu dan anak.

MingguanWanita



No comments