Terkini

Woww..Panjangnya Cacing Yang "Hidup" Dalam Hidung Lelaki Ini

APA perasaan anda sekiranya mengetahui ada binatang atau serangga ‘menumpang’ hidup dalam tubuh anda? Pasti ngeri bercampur gusar bukan? Demikianlah menimpa seorang lelaki di Australia yang terkejut besar apabila mengetahui seekor cacing pita ‘menginap’ dalam hidungnya.

Woww..Panjangnya Cacing Yang "Hidup" Dalam Hidung Lelaki Ini

Lelaki itu lantas mendapatkan bantuan doktor agar operasi mengeluarkan cacing berkenaan segera dilakukan.

Dalam video yang dirakam, seorang doktor wanita dilihat menarik keluar haiwan tersembunyi itu dari lubang hidung kanannya menggunakan penyepit khas.

Apa yang mengejutkan, cacing yang dikeluarkan dari hidung lelaki itu panjangnya kira-kira lebih kurang 1 meter.

Habis sahaja operasi, hidung lelaki malang itu dilihat mengeluarkan darah yang banyak menyebabkan doktor menyuruhnya mengelap menggunakan tuala kecil.


Dalam pada itu, lelaki itu akui dia berasa tidak selesa sepanjang kehadiran ‘bendasing’ itu dalam hidungnya sebelum pergi mendapatkan khidmat pakar.

Difahamkan, cacing pita boleh ‘hidup’ dalam tubuh manusia sekiranya seseorang itu sering menjamah daging yang tidak masak.

Namun, tidak diketahui sama ada cacing pita boleh bergerak dan ‘menginap’ di hidung manusia. – MYNEWSHUB.CC



No comments