Nasib Isteri Sipemandu Lori, Hidup Mewah Namun...
Saya seorang suri rumah tangga. Berusia awal 20-an. Baru berkahwin setahun lalu dan kini sedang hamil lima bulan. Suami saya pemandu lori treler dan saya sering sendirian di rumah. Ada kalanya bagi menghilangkan kebosanan duduk di rumah, saya mengikutnya dari satu destinasi ke satu destinasi.
Melalui pengalaman mengikutnya itu, saya dapat satu pengalaman baru. Walaupun hanya segelintir tapi ada antara pemandu lori yang dalam perjalanan jauh dan tidak ada pembantu, membawa kekasih gelap sebagai peneman. Bukanlah niat saya berprasangka buruk tetapi rentetan dari hal inilah yang membawa kepada masalah rumah tangga yang saya hadapi. Sewaktu sesekali menemani suami, saya melihat wanita seberang bersama dengan pemandu lori lain. Bila ditanya adakah mereka itu isteri pemandu tersebut, katanya dia cuma jadi peneman.
Sepanjang mengikut suami, banyak yang saya lihat. Bahkan, jujurnya saya juga takut jika suami bertindak begitu jika saya tiada bersamanya. Saya berdoa yang baik-baik untuk suami dan berharap rumah tangga saya dipelihara daripada situasi itu. Pasti hancur hati seorang isteri apabila tahu perangai suami seperti itu.
Gaji suami sebagai pemandu lori panjang, memang lumayan. Ini tidak saya sangkal. Ada kalanya, gaji suami hampir RM10 ribu jika dia kerap membawa lori ke destinasi yang jauh-jauh. Kerana tidak selalu mengikutnya bekerja dan kerap ditinggalkan keseorangan di rumah, suami memberikan wang belanja lebih untuk saya.
Sebagai orang muda, sudah tentu apa yang diberikan suami saya belanjakan. Bila bosan keseorangan, saya mengajak kawan-kawan bersantai dan makan-makan di luar. Biasanya saya yang mengeluarkan belanja. Saya akui, biarpun sudah berkahwin jiwa untuk bersama kawan-kawan masih ada. Apatah lagi saya sering rasa bosan terperap di rumah berhari-hari. Pernah suami bertanya, adakah saya sering keluar apabila dia tiada rumah. Saya mengakuinya tetapi sekadar untuk menghilangkan rasa bosan. Lagipun keluarga saya jauh di utara. Hanya saya di ibu kota Kuala Lumpur.
Suatu hari, suami balik awal daripada sepatutnya. Kebetulan saya tiada di rumah ketika itu. Saya menonton wayang bersama kawan-kawan. Kami bergaduh malam itu, suami menganggap saya sengaja abaikan tanggungjawab sebagai isteri dan suka keluar dengan kawan-kawan. Dalam keadaan marah suami memberitahu, selepas ini, dia juga akan keluar berseronok dengan kawan-kawannya seperti apa yang saya laku.
Saya terpempan dengan kata-kata suami itu. Di dalam hati saya meneka, besar sangatkah kesalahan saya keluar dengan kawan-kawan sedangkan dia sudah memberi izin. Lagipun saya hanya keluar dengan kawan-kawan perempuan yang sudah lama saya kenali. Mereka kawan saya, sebelum kami berkahwin lagi.
Sejak kejadian itu, memang nampak ketara perubahan suami. Dia sudah kurang memberi wang lebih kepada saya dengan alasan hatinya terasa sakit mengetahui saya berseronok bersama kawan-kawan dengan duit yang diberikan sedangkan bertungkus lumus bekerja.
Ekoran pertengkaran pertama itu juga, saya melihat suami mula berubah sikap. Saya cuba merisik adakah suami saya benar-benar mengotakan apa yang dikatakannya. Melalui kawan-kawannya yang saya kenali, akhirnya saya mendapat tahu juga bahawa sudah turut membawa wanita lain sebagai peneman perjalanannya yang jauh ke utara.
Jantung saya bagaikan mahu terhenti. Berderau darah saya dibuatnya. Adakah suami sudah bermain kayu tiga? Itulah yang pertanyaan yang bermain di hati. Saya menunggu suami pulang dengan sabar. Apabila keadaannya agak tenang saya bertanyakan hal ini. Namun bukan jawapan yang saya dapat sebalik kami bergaduh besar. Untuk pertama kalinya sepanjang perkahwinan kami, dia menaikkan tangannya ke muka saya.
Sehingga kini sekalipun sudah dua bulan berlalu tetapi saya masih ingat kemarahannya itu. Jujurnya, saya sayangkan perkahwinan ini tetapi nampaknya suami yang jauh berubah. Ada kalanya saya ternampak gigitan cinta di lehernya, sedangkan dia bukan bersama dengan saya. Bila saya bersuara, penghabisannya, kami akan bergaduh besar.
Masa berlalu, hati saya semakin sakit. Namun sebagai isteri apa yang mampu saya lakukan. Suatu hari saya berasa tidak sedap badan, muntah dan perut memulas. Mulanya saya ingatkan demam, tetapi apabila ke klinik, doktor mengesahkan saya mengandung. Saya mengharapkan berita gembira itu akan mengembalikan keceriaan dalam rumah tangga kami dan tidak sabar-sabar untuk memberitahunya, namun apa yang dapat adalah, amarahnya semakin menjadi.
Dia tidak mahu mengakui anak dalam kandungan itu adalah zuriatnya yang sah. Lagipun saya tidak lagi keluar bersama kawan-kawan selepas saya tahu dia tidak suka saya keluar dengan kawan-kawan. Saya hanya duduk di rumah menunggu kepulangannya. Namun dia tetap tidak percaya apa yang saya katakan sebaliknya menuduh saya berbuat jahat di belakangnya. Hakikatnya dialah berlaku curang di belakang saya.
Saya mengadu perkara itu kepada keluarganya tetapi saya pula yang dipersalahkan. Rupanya dalam diam, suami sering mengadu kepada keluarganya tentang perangai saya salah bagi menutup kesalahannya. Saya berasa amat sedih diperlakukan begitu. Kenapa suami tidak mengaku anak dalam kandungan ini anaknya? Mungkinkah suami sengaja mahu menutup aibnya? Pada siapa saya harus mengadu hal ini? Pada keluarga tak mungkin kerana keluarga saya dari awal lagi kurang bersetuju dengan pilihan hati saya itu dan berusaha menghalang saya daripada bernikah dengan suami. Bantulah saya!
Artikel Asal - MajalahWanita

No comments
Post a Comment