Terkini

Lucu!! Gara-gara Malas Gosok Gigi, Tengok Apa Jadi Pada Lelaki Ini

Satu kejadian aneh berlaku di Taiwan apabila seorang pesakit lelaki yang berusia 37 tahun mengadu sakit gigi dan apa yang ditemui oleh doktor sungguh mengejutkan.

Lucu!! Gara-gara Malas Gosok Gigi, Tengok Apa Jadi Pada Lelaki Ini

Tunas jambu tumbuh di dalam gigi lelaki tersebut. Perkara ini dikatakan berlaku kerana dia malas membersihkan mulut dan memberus gigi selepas makan.

Kejadian ini sungguh memeranjatkan dan disebabkan kes seperti ini jarang berlaku, doktor telah menyelidik dan menyoal bilakah kali terakhir pesakitnya memakan buah tersebut.

Lelaki tersebut sering mengadu rasa sakit tersebut tidak hilang walaupun sudah makan ubat. Mendengar keluhan tersebut doktor menjalankan pemeriksaan. Alangkah terkejutnya apabila mendapati ada daun di celahan giginya.

Gigi lelaki berkenaan setelah dicabut.

Lucu!! Gara-gara Malas Gosok Gigi, Tengok Apa Jadi Pada Lelaki Ini

Lelaki tersebut mengaku kali terakhir dia memakan buah tersebut adalah pada sebulan yang lalu dan berkemungkinan biji itu terselit di antara giginya yang berlubang.

Doktor mengatakan, tunas yang tumbuh itu berusia lebih kurang 10 hari, walaupun belum lama tumbuh, ia sudah cukup untuk memberi kesan sakit yang teramat kepada gigi.

Gigi antara organ yang paling penting dan sensitif. Penjagaan rapi memang diperlukan untuk memastikan gigi kita terjaga. Untuk membersihkan sisa makanan dan kotoran yang melekat di gigi kita wajib memberus gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari.

No comments